Punca Banjir Kilat Di Cameron Highlands

banjir-Cameron-Highlands.jpg

Punca Banjir Kilat Di Cameron Highlands | Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca yang Dr Fuh kasihi. Banyak betul breaking news yang telah tersebar 2-3 hari kebelakangan ni. Kes pegawai bank ditembak mati oleh pengawal keselamatan, kes orang mengamuk di LRT dan banyak lagi. Malam ni Dr Fuh nak share satu berita yang Dr Fuh petik dari laman Astro Awani berkenaan kes banjir kilat di Cameron Highlands.

Bencana banjir kilat di Lembah Bertam, Cameron Highlands sekali lagi mengulangi ‘siren amaran‘ oleh para aktivis alam sekitar hampir sedekad lalu.

Aktiviti pertanian yang tidak lestari di kawasan cerun menjadi faktor yang menterjemah kebimbangan selama ini.

Pegawai Daerah Cameron Highlands, Datuk Ahmad Daud menyifatkan sikap pekebun di kawasan cerun ini menyumbang kepada kecepatan berlakunya bencana di kawasan tanah tinggi.

“Contohnya, perangkap kelodak (kolam) tidak di buat di kawasan ladang kebanyakkanya. Ini masalah kepada berlakunya peningkatan kelodak yang mengalir ke sungai-sungai”, kata beliau kepada Astro AWANI.

Beliau mengulas keperluan bagi mengelak kawasan takungan air yang makin cetek akibat daripada kelodak yang kian banyak terkumpul.

Punca Banjir Kilat Di Cameron Highlands. Bencana banjir kilat di Lembah Bertam, Cameron Highlands sekali lagi mengulangi 'siren amaran' oleh para aktivis

Ini sekaligus menjejaskan sungai dan kawasan takungan air yang mendorong belakunya bencana banjir.

“Selain itu, rumah-rumah plastik di kebanyakan kebun menyumbang kepada kecepatan banjir,” kata Ahmad Daud yang baru 2 tahun menjadi Pegawai Daerah Cameron Highlands.

“Kita sentiasa lakukan penguatkuasaan san pemantauan. Ladang-ladang haram di kawasan cerun memang dihalang tetapi fokus tentunya mengajar pekebun-pekebun sedia ada kerana ini melibatkan amalan yang telah lama,” ujar Daud.

Kumpulan aktivis alam sekitar sebelum ini mendakwa lebih 80 peratus air di kawasan tanah tinggi ini dialihkan ke sektor pertanian.

Selain itu, lebih 80 peratus ladang pula dibuka dan diusahakan di kawasan cerun.

Semoga semuanya selamat.

Astro Awani

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

3 thoughts on “Punca Banjir Kilat Di Cameron Highlands”

  1. kucinghitam says:

    nak buat macam tgk bukit kat cameron highland tu dah parah kot kena tarah ngn yg nak buat duit ja

  2. Somehow, it is worth to be able to go it alone. There are also a need and want a man dating black women. Therefore building trust, fast , having a modern single woman?dating tips. Therefore think of ways your date will leave their wives and women are what you want.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge