Puasa 6 Tidak Boleh Digabungkan Dengan Puasa Ganti

puasa-6-hari-syawal.gif

Puasa 6 Tidak Boleh Digabungkan Dengan Puasa Ganti

Puasa 6 Tidak Boleh Digabungkan Dengan Puasa Ganti | Salam Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin Puteri ucapkan kepada semua. Alhamdulillah, akhirnya sampai juga kita dihari kemenangan iaitu Syawal. Di dalam bulan Syawal ini, kebiasanya kita akan berpuasa 6 dan ramai yang tertanya-tanya boleh tak nak gabungkan puasa 6 dengan puasa qada’ atau puasa ganti. Jawapannya tak boleh tau. Semoga apa yang Puteri kongsikan dibawah dapat memberithu serba sedikit tentang persoalan ini. Selamat membaca dan berpuasa 6 kepada semua. =)

Puasa qada adalah menggantikan puasa yang difardhukan (Ramadhan) sedangkan puasa enam merupakan puasa sunat, jadi keduanya tidak boleh digabungkan. (Begitu juga dengan puasa nazar, tidak boleh disekalikan) Yang paling afdal usahakan mengqada puasa Ramadhan dahulu, kemudian laksanakan puasa sunat enam, bulan Syawal.

Puasa sunat enam syawal boleh dilakukan secara terpisah-pisah (6 hari selang) tetapi jika dilakukan secara berturutan ianya lebih afdhal.

Lafaz Niat puasa sunat enam syawal : “sahaja aku puasa sunat bulan syawal kerana Allah swt “.

Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulullah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ).

Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih. Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.Para ulama’ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda.

Antara hikmat disyariatkan puasa 6 hari bulan Syawal ialah sebagai satu latihan kepada orang-orang Islam bahawa amal ibadat itu bukan terletak pada bulan-bulan tertentu seperti Ramadhan bahkan amalan itu perlu konsisten untuk sepanjang kehidupan manusia.

Ia juga sebagai satu cabaran kepada orang-orang Islam supaya tidak menjadikan Syawal itu bulan bergembira semata-mata dan jika puasa itu dilakukan seawal mungkin di permulaan Syawal, ini akan menjadikan seseorang manusia itu benar-benar ingin menyahut seruan dari Allah untuk terus beribadat secara istiqamah dan berpanjangan.

Puasa Enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.

SUMBER

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

4 thoughts on “Puasa 6 Tidak Boleh Digabungkan Dengan Puasa Ganti”

  1. kucinghitam says:

    sebab niat dia pun dah lain klo nak ganti niat ganti
    kucinghitam recently posted…JOM BUAT DUIT RAYA DALAM USD DENGAN STEMCELLMy Profile

  2. cik Ain says:

    kekadang musykil jugak dengan puasa 6 dan puasa ganti dalam bulan Syawal.

    wallahualam..

  3. Rahmat says:

    Assalamualaikum. Boleh disekalikan puasa qadha Ramadhan dengan puasa ganti kerana ada pendapat dari kalangan ulama’ yang mengatakan boleh disekalikan puasa tersebut. Malahan boleh juga disekalikan dgn niat puasa sunat isnin dan khamis. Maka siapa yg puasa berasingan juga betul dan siapa yang puasa sekaligus puasa qadha ramadhan + puasa 6 sunat syawal + puasa sunat isnin/khamis juga betul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge