PTPTN Tidak Teruskan CCRIS – KJ

kj-ptptn-ccris.jpg

PTPTN Tidak Teruskan CCRIS | Berita baik kepada peminjam-peminjam PTPTN setelah Khairy Jamaluddin mewakili belia dan anak muda bersuara berkenaan Isu ini. Ikuti laporan penuh yang dipetik dari Sinar Harian

SHAH ALAM – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini menyatakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)  tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam ingkar di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat CCRIS.

Menerusi kenyataan beliau yang dipetik dalam akaun Facebooknya (FB) keputusan itu dilakukan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan, hari ini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan Kementerian Pendidikan yang telah mendengar pandangan golongan muda.

“Baru selesai mesyuarat Jemaah Menteri.

“Alhamdulillah, PTPTN tak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah CCRIS.

Nama Peminjam PTPTN Akan Disenaraikan Dalam CCRIS, PTPTN akan bekerjasama dengan Bank Negara, Sistem Rujukan Maklumat Kredit Berpusat CCRIS

“Terima kasih kepada PM dan menteri-menteri pendidikan kerana mendengar suara orang muda,” tulisnya.

Semalam, Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno turut membantah tindakan menyenaraikan peminjam PTPTN disenaraikan di bawah CCRIS.

Sehubungan itu, Khairy telah menyampaikan pandangannya mengenai perkara itu kepada Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh .

Dr Fuh – Hmm, nak kena orang sendiri bersuara baru jalan. Apa-apa pun para peminjam PTPTN pastinya lega mendengar berita ini. Terima kasih kepada KJ kerana keprihatinan anda.

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

8 thoughts on “PTPTN Tidak Teruskan CCRIS – KJ”

  1. lega semua peminjam PTPTN kan?? Tapi kalau dah hutang tu kena la bayar.. jgn sebab tak jadi senarai CCRIS pakat2 jadi liat nak bayar pulak.
    lekatlekitgurl recently posted…JAWAPAN TENTANG SOALAN PUASA SUNAT SYAWAL ATAU PUASA GANTI MANA PERLU DI DAHULUKANMy Profile

  2. Yana Sakura says:

    Alhamdulillah.. =) tapi hutang ttp hutang dan kena bayar taw.jgn lupa..hehe..pas abes belajar nie kena start bayar ansur2 dh pinjaman.. =) Adat la..orang meminjam mesti kena pulangkan balik barabg yang dipinjam tu kan? =) Peace yaw! (^_^)
    Yana Sakura recently posted…Wordless Wednesday – Uniknya Diri Anda!My Profile

  3. Anuar says:

    Syukur Alhamdulillah… Pasti lega para peminjam PTPTN setelah mendengar berita tersebut…
    Anuar recently posted…WW : Apa Dia Affiliate Junction (AJ) ?My Profile

  4. vcore says:

    syukur alhamdulliah..

  5. I have lost my key to my safe and I was wondering if locksmiths has the tools to make new
    keys?.
    emergency locksmith exeter devon recently posted…emergency locksmith exeter devonMy Profile

  6. lahabau says:

    alhamdulillah…ramai yg susah dan tak cukup duit tuh pasal le pinjam….

    keluar belaja dah utang….jauh lg perjalanan….lps tuh utang motor kete umah lak….hahahahha

    hutang wajib dibayar….

  7. zyra roxx says:

    ahh kan bagus kalau mansuh bunga-bunga cinta pinjamannya tu :3
    zyra roxx recently posted…Beri Baju Terus Clash?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge