Poster Menghina Rambut Kim Jong Un

hari rambut buruk

Poster Menghina Rambut Kim Jong Un | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Apa perasaan kamu apabila warganegara lain menghina pemimpin negara kita? Adakah kita berasa gembira atau kita akan mempertahankannya? Inilah situasi yang dialami oleh dua orang dari kedutaan Korea Utara di England. Kalau Teacher Muja jadi mereka, Teacher Muja sendiri akan berasa marah dan tidak senang.

London – Pengurus sebuah salon rambut di pinggir bandar London dilawati oleh seorang pegawai Korea Utara yang tidak senang dengan perbuatannya menggunakan gambar stail tersendiri pemimpin autokrasi Kim Jong Un untuk mempromosikan diskaun potongan rambut di situ.

“Mereka mengambil gambar dan meletakkan nota di luar,”beritahu Mo Nabbach yang menguruskan akademi rambut M&M di Ealing Selatan,  ITV News, rakan kongsi kepada NBC News’ UK.

Salon barat London itu terletak hanyalah beberapa batu dari kedutaan Korea Utara yang bertapak di rumah berkembar di jalan perumahan.

Nabbach berkata dua orang yang tidak dikenali itu menyuruhnya menurunkan poster tersebut yang bertulis yang bermaksud,”Hari rambut buruk? 15% diskaun untuk semua potongan rambut lelaki sepanjang bulan April.”

“Saya memberitahu mereka yang kami di England dan bukan di Korea Utara dan menyuruh mereka keluar dari premis saya,”tambah Nabbach.
hari rambut burukPolis Metropolitan London mengesahkan yang mereka telah berurusan dengan kedua-dua pegawai kedutaan dan pihak salon tersebut. Seorang jurucakap mengatakan telah “bercakap dengan semua pihak terlibat” tetapi tiada tindakan akan diambil.
Duta itu tidak memberikan sebarang reaksi kepada permintaan untuk memberi komen daripada ITV News. Walaubagaimanapun, seorang jurucakap kedutaan memberitahu surat khabar London’s Evening Standard; “Kami tidak dalam keadaan untuk memberi komen.”

Mana ada manusia yang tidak terasa terkilan apabila rakyat negara sendiri, tambah lagi pemimpin mereka diguna-gunakan seperti ini. Moga kita mendapat pengajaran daripada kejadian ini. Tidak semua orang boleh menerima perbuatan yang jelas menghina sebegini walaupun tanpa niat.

Wassalaam.

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments