Posisi Jerawat Memberi Pentunjuk Tahap Kesihatan Anda

tumblr_lvr9dteMK01qivyid.jpg

Posisi Jerawat Memberi Pentunjuk Tahap Kesihatan Anda – Tahukah anda  posisi jerawat boleh memberi petunjuk ataupun isyarat tentang kesihatan kita walaupun bukanlah secara menyeluruh? Menarik bukan? Jom teruskan membaca info dibawah.

Jerawat kat DAHI

Haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat kat dahi kita. Orang yang ada jerawat kat dahinya selalunya memiliki sifat panas baran.

Untuk menghindari, dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal. Selain itu pastikan dapat tidur yang cukup dan minum air banyak.

Jerawat kat HIDUNG

Kalau jerawat di batang hidung, ianya bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Jika ianya di hujung hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal.

Dan jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.

Jerawat kat DAGU

Kalau jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

Jerawat kat PIPI

Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. Jika di sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal.

Jerawat kat BADAN (Belakang dan Depan)

Bagi jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah, seperti terkena sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.

Nampaknya ada yang terus menghadap ke cermin untuk melihat posisi jerawat anda. Walaubagaiman pun artikel yang dikongsikan ini adalah sekadar rujukan sahaja. Untuk mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai tahap kesihatan, anda perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.

SUMBER

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

12 thoughts on “Posisi Jerawat Memberi Pentunjuk Tahap Kesihatan Anda”

  1. ok.. boleh terima juga sebab ada yang kebetulan sama..
    suria lekatlekit recently posted…CIKGU SHIDA PUNCA ORANG MALAYSIA BOLEH BUAT DUIT DI YOUTUBEMy Profile

    1. kucinghitam says:

      kebetulan yang sama apa kah itu?
      kucinghitam recently posted…RUMAH ALMY NADIA TERBAKARMy Profile

  2. Selain dari masalah-masalah di atas jerawat juga mungkin disebabkan faktor keturunan dan penjagaan kebersihan diri kbai 🙂

    1. kucinghitam says:

      hormon tue xda kena mengena keturunan
      kucinghitam recently posted…RUMAH ALMY NADIA TERBAKARMy Profile

  3. Woww Dot My says:

    menarik…thank for share..:)
    Woww Dot My recently posted…Kisah Nasi Kangkang Isteri Untuk SuamiMy Profile

    1. kucinghitam says:

      sharing is caring hehehe
      kucinghitam recently posted…RUMAH ALMY NADIA TERBAKARMy Profile

  4. Ummar Farouk says:

    Jerawat?? Arrrggghhhhh…
    Ummar Farouk recently posted…Rupa Sebenar Diri Kita Di Hadapan CerminMy Profile

    1. kucinghitam says:

      masalah negara kan hehehe
      kucinghitam recently posted…RUMAH ALMY NADIA TERBAKARMy Profile

  5. kucinghitam says:

    masalah bila muka berjerawat
    kucinghitam recently posted…RUMAH ALMY NADIA TERBAKARMy Profile

  6. nabila biela says:

    kalo xpernah ade jerawat cmne pulak ye??sihat ea??hehe
    nabila biela recently posted…5 Penemuan Aneh Yang Menggemparkan DuniaMy Profile

  7. Lin Lin says:

    Jerawat kat hujung hidung dgn pipi.Adakah ini ada kaitan dgn masalah kitaran haid sy yg tak teratur?stres lah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge