Polis Dedah Modus Operandi Geng Palembang

ketua polis selangor

Polis Dedah Modus Operandi Geng Palembang | PUCHONG – Polis mempercayai saki baki geng Palembang masih wujud walaupun tiga ahli kumpulan penjenayah terbabit ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (Duke), Rabu lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, geng terbabit dipercayai berpecah kepada kumpulan kecil yang mempunyai empat ahli.

“Modus operandi yang digunakan adalah memerhatikan pelanggan yang mengeluarkan wang dengan jumlah banyak di bank sebelum mengekori mangsa.

“Apabila berada di lokasi agak tersembunyi, ahli geng dianggotai warga Indonesia terbabit akan menghalang laluan kenderaan mangsa sebelum membawa lari wang tunai yang baru dikeluarkan,” katanya.

Tambah beliau, suspek yang bermotosikal akan menghalang mangsa dari arah depan manakala ahli geng lain yang menaiki kereta akan melanggar kenderaan mangsa dari arah belakang sebaik mangsa memberhentikan kenderaan.

“Mereka kemudiannya akan membawa lari wang yang dirampas,” jelas beliau lagi.

Mohd Shukri menjelaskan, pihaknya menggerakan pasukan Ops Cantas dan melakukan rondaan di semua tempat terutama di daerah Klang.

“Saya beri amaran kepada penjenayah jangan cuba berbuat apa-apa sekarang,” tegasnya.

Beliau dalam pada itu menasihatkan majikan yang membawa keluar wang dengan jumlah banyak untuk tujuan pembayaran gaji kepada pekerja supaya lebih berhati-hati.

Tambahnya, majikan dinasihatkan supaya membawa pengiring atau pengawal keselamatan ketika membuat pengeluaran wang dalam jumlah yang besar.

Sumber

 

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments