Petunjuk Terbaru MH370 – Objek Ditemui Terdampar Di Augusta

Petunjuk Terbaru MH370 - Objek Ditemui Terdampar Di Augusta. Polis Australia sedang menyiasat sebuah objek yang terdampar 10 kilometer dari timur Augusta

Petunjuk Terbaru MH370 – Objek Ditemui Terdampar Di Augusta | Polis Australia Barat sedang menyiasat sebuah objek yang terdampar 10 kilometer dari timur Augusta berdasarkan laporan yang diterima mereka, pada Rabu.

Menurut kenyataan Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) hari ini, pihak Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) sedang mengkaji foto bahan tersebut untuk menentukan sama ada ianya ada kaitan dengan pesawat MH370 atau tidak.

JACC memaklumkan bahawa ATSB telah pun menyerahkan gambar-gambar tersebut kepada pasukan penyiasat Malaysia.

Menurut mereka, tiada sebarang maklumat tentang perkara itu setakat ini dan maklumat lanjut akan diberitahu sekiranya terdapat perkembangan.

Pencarian dasar laut diteruskan dengan sebanyak 10 pesawat tentera dan 12 kapal akan digunakan dalam misi pencarian hari ke 47 pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia Airlines MH370.

Hari ini, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) telah merancang kawasan pencarian kira-kira 37.948km persegi.

Pusat carian pula terletak kira-kira 855km dari Barat Utara Perth.

Kenderaan dasar laut AUV Bluefin-21, kini sedang melengkapkan misinya yang ke 10.

Bluefin-21 sudahpun meliputi 80 peratus kawasan carian di dasar air.

Fokus carian dasar laut memberi tumpuan kepada 10km radius bulatan kawasan yang telah dikesan pengesan ping semenjak 8 April.

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments