Petua Mudah Mengelakkan Penyakit Barah

Petua-Mudah-Mengelakkan-Penyakit-Barah.jpg

Petua Mudah Mengelakkan Penyakit Barah

Petua Mudah Mengelakkan Penyakit Barah | Penyakit barah semakin meningkat dari semasa kesemasa. Tidak kiralah barah payudara, barah rahim, barah prostat dan bermacam-macam lagi penyakit barah yang mengundang maut. Di sini Puteri sediakan Petua Mudah Mengelakkan Penyakit Barah. Semoga dapat memberi pengetahuan kepada kita dan membantu anda semua untuk mengelakkan dan menghindarkan penyakit yang merbahayakan ini. In shaa Allah. Selamat mencuba.

Minumlah air rendaman daun teh (hijau atau hitam, tetapi bukan herba) kerana ia mengandungi antioksidan. Ia boleh mencegah sel kanser daripada berkembang.

Makanlah tomato kerana ia penuh dengan vitamin C, yang boleh membantu mencegah kerosakan sel.

Makan kacang soya, kerana phytoestrogen di dalam kacang soya mungkin menolong melindungi daripada kanser payu dara dan prostat.

Makan sayur brokoli, kobis, dan bunga kobis kerana sayur-sayuran ini mengandungi bahan melawan kanser. Juga mengandungi pelbagai zat yang lain.

Campurkan halia dan bawang di dalam makanan kerana ia juga mengandungi bahan-bahan melawan kanser.

Jangan ketinggalan memakan oren, lemon dan lain-lain bauh sitrus yang mengandungi bahan-bahan meransang sel-sel kebal membunuh kanser. Mengandungi vitamin C yang banyak.

Jangan ketinggalan juga memakan anggur merah kerana ia mengandungi bahan yang menghalang pengeluaran enzim oleh badan yang digunakan oleh sel kanser.

Makan makanan tinggi serat seperti beras yang boleh menolong mengurangkan risiko beberapa jenis kanser.

Dapatkan omega – 3 asid lemak yang terdapat di dalam minyak ikan kerana ia membantu melawan kanser payu dara, prostat dan pankreas.

Juga dapatkan hasil tenusu rendah lemak yang boelh mengurangkan risiko kanser payu dara, bawah usus, prostat, rahim dan pankreas.

Mencegah lebih baik daripada merawat. =)

sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

One thought on “Petua Mudah Mengelakkan Penyakit Barah”

  1. kamal says:

    Barah nie mmg menakutkan.. Terima kasih perkongsian ini.
    kamal recently posted…MENGHILANGKAN GATAL DI KEMALUAN WANITA.My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge