Petua Merawat Rambut Gugur

rambut+gugur+fuh.my_.jpg

Rambut Gugur

Petua Merawat Rambut Gugur | JANGAN sangka usia masih muda, masalah rambut gugur tidak berlaku. Cuba kira kekerapan anda menyikat rambut dan jumlah helaian rambut yang gugur di lantai bilik mandi selepas membasuhnya.

Apa kaitan dua perkara ini kepada masalah berkenaan? Sebenarnya, kekerapan menyikat rambut boleh menyebabkan anda mengalami masalah keguguran rambut dengan lebih mudah. Melihat jumlah helaian rambut yang gugur selepas mencucinya pula cara paling mudah untuk mengenal pasti anda mengalami keguguran rambut.Selain itu, tabiat suka berkongsi sikat sesama ahli keluarga mahupun rakan juga mendedahkan anda kepada risiko ini kerana jangkitan bakteria mudah tersebar melalui cara ini.

Hal berkenaan diakui Ketua Perkhidmatan Perubatan dan Klinikal Himalaya di Bangalore, India, Dr Pralhad S Patki, yang menyatakan masalah berkenaan bermula daripada keadaan kulit kepala seseorang apabila ia tidak dijaga sebaiknya.

Masalah keguguran rambut yang serius sehingga menyebabkan kepala menjadi botak selalu dikatakan hanya dialami mereka yang semakin meningkat usia iaitu ketika berumur 40 tahun ke atas.

Jadi disini Dr Fuh kongsikan beberapa petua untuk merawat rambut gugur disamping dapat melebatkan rambut yang jarang. Boleh cuba amalkan. In Shaa Allah usaha kita berkesan.

Petua Rambut Gugur 1

Pertama sekali selalulah menyapukan perahan air limau nipis untuk menghilangkan kelemumur selama 2 minggu. Kelemumur juga boleh menyebabkan keguguran rambut. Kemudiannya anda memerlukan santan untuk menyuburkan rambut.

Petua Rambut Gugur 2

Santan perlu dilumurkan keseluruhan rambut hingga kekulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Tidak perlu terburu-buru untuk membasuhnya perapkan dengan tuala untuk setengah jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam. Buatlah barang sebulan.

Petua Rambut Gugur 3

Bagi anda yang rajin selepas rawatan menyuburkan rambut gunalah daun lidah buaya untuk mendapatkan rambut yang lebih cantik lagi menawan. Caranya ambil lendir daun lidah buaya tu dan sapukan kepada rambut hingga kekulit kepala. InsyaAllah dalam masa 2 bulan rambut anda tidak akan gugur malah semakin cantik dan sihat.

Petua Rambut Gugur 4

Dengan menggunakan kulit tembikai (bahagian dalam), gosokkannya pada kulit kepala anda.Kemudian biarkan ia meresap ke kulit kepala anda. Tunggu dalam 15 ke 30 minit dan cucilah sampai bersih.

Kalau anda nak biarkannya semalaman pun boleh. Buat sebelum masuk tidur dan keesokannya baru cuci. Gunakan shower cap atau balut dengan kain supaya tak meleleh kat bantal. Amalkan petua ni hanya sekali dalam seminggu.

Petua Rambut Gugur 5

Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.

Kesimpulannya, jagalah kesihatan rambut anda dengan cermat. terutama kepada yang perempuan, jagalah ianya sebaiknya.

psstt..anda nak tahu satu cara lain yang lebih mudah dan berkesan merawat rambut gugur? Klik sini: http://www.rawatrambutgugur.com

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

18 thoughts on “Petua Merawat Rambut Gugur”

  1. gugur, gugur, gugur, lama-lama botak. lepas botak, terus tak fikir apa dah. masalah hilang. hahaha
    Thaqif Abd Aziz recently posted…Pelik! Doktor Sahkan Lelaki 66 Tahun Adalah WanitaMy Profile

  2. Dengan lidah buaya aku bleh try ni. tapi rambut aku tak gugur. penjagaan rambut. haha
    Carlos Santiago recently posted…BAN MakeOver – Gengster Nuklear Korea Utara Di Jadikan Sponge Bob FamilyMy Profile

  3. Yan Ty says:

    Superb info! Will try to do one of the method. Hurm…

  4. klw tak selesai jugak masalah mohon pakai rambut palsu hahahaha kbai

  5. Apa kata beli jer minyak rambut bawang kan

  6. Ummar Farouk says:

    Nak buat tu boleh, tapi nak amalkan itu yg leceh… Susah nak buat secara konsisten…
    Ummar Farouk recently posted…Iktibar Daripada Tongkat Imam Syafi’iMy Profile

  7. Ummar Farouk says:

    Baik guna produk2 rawatan terkini dipasaran yg halal lagi suci sebab senang diamalkan dan mudah utk digunakan…
    Ummar Farouk recently posted…Mana Satu Anda Pilih? Masa Muda Atau Masa Tua?My Profile

  8. Mawardiyunus says:

    TQ UNTUK INFO NI BRO..
    Mawardiyunus recently posted…Keluarga Blogger Senget | Makan Di Soul GardenMy Profile

  9. Nurazni says:

    Petua2 nk rawat prut buncit ada?cm na nk kempiskn.?

  10. nisa says:

    Info yang menarik
    Sila lawat entri terbaru blog: Cara atasi rambut gugur dengan vitamin semulajadi

  11. alfonso says:

    Baru umur 17 dah ada rambut gugur 🙁

  12. idatimalek says:

    ahhh…memang mengalami masalah keguguran rambut pun niii T.T
    idatimalek recently posted…Terkejut ! Zulfahmi dalam iklan Biore for Men.My Profile

  13. kucinghitam says:

    kurangkan makan meggi hehehe

  14. Wan says:

    Info yang baik =)

  15. Hi, I uncovered your website by using Yahoo even though looking for a related make a difference, your site showed up, it looks great. I’ve truly included with favourites|combined with bookmarking.

  16. faizul badri says:

    Jangan risau,,, kalau rambut gugur, bleh guna BIOCARE HAIR SOLUTION. ….
    http://www.muslimchoices.com/?p=biocare_hair

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge