Petua Merawat Kulit Terbakar Dan Langkah Mengatasinya

9314.jpg

Petua Merawat Kulit Terbakar Dan Langkah Mengatasinya | Kulit terbakar sering kali terjadi apabila kita terdedah kepada sinaran matahari. Mahupun sedang berkelah di pantai bersama keluarga, kita perlu memastikan kulit kita terhindar terus kepada sinaran UV. Di sini Puteri ada Petua Merawat Kulit Terbakar Dan Langkah Mengatasinya. Harap dapat dipraktikkan oleh semua pembaca. Menghindar lebih baik daripda merawat tau.. =)

Petua Merawat Kulit Terbakar Dan Langkah Mengatasinya

Langkah-langkah perlindungan dari cahaya matahari:

  1. Menggunakan pakaian berlengan panjang dan menutup bahagian-bahagian lain yang selalunya terdedah kepada cahaya matahari.
  2. Penggunaan pakaian dari kain woven adalah yang terbaik. Pakaian pula hendaklah longgar.
  3. Pakaian yang berwarna gelap memberikan perlindungan yang lebih berbanding pakaian yang berwarna cerah.
  4. Makan VITAMIN.
  5. Amalkan penggunaan cermin mata yang boleh menyaring cahaya UV untuk mencegah cataracts.
  6. Sentiasa mencari tempat-tempat redup. Bagaimanapun, perlu juga diingat bahawa pantulan cahaya matahari dari pasir, bangunan dsb masih boleh mencapai kulit anda, oleh itu penggunaan sunblock masih juga disyorkan walaupun anda berada di tempat yang redup atau semasa langit berawan tebal.
  7. Gunakan lipscreen dengan SPF sakurang-kurangnya 15 untuk melindungi bibir anda.
  8. Pakai topi.
  9. Sapu losyen sunblock anda mengikut waktu yang ditetapkan atau disyorkan oleh pembuatnya, contohnya setiap sejam, dsb.

Petua Merawat Kulit Terbakar Dan Langkah Mengatasinya

Dibawah ini pula, petua tradisional untuk merawat kulit terbakar oleh sinaran matahari.

Petua 1: Sapukan isi aloe vera dan sapukan ke seluruh muka. Amalkan setiap hari dan lihat hasilnya selepas beberapa hari.

Petua 2: Campurkan sedikit tepung gandum dengan sedikit madu, putih telur dan air limau nipis. Selepas itu, sapukan seluruh bahagian muka kecuali mata dan mulut. Biarkan sehingga kering baharulah dibilas dengan air.

Petua 3: Kisar 6 biji timun dan campurkan dengan 2 sudu besar susu tepung. Kemudian sapukan pada kulit wajah yang terbakar dan biarkan sehingga kering. Seterusnya bilas muka sehingga bersih dengan air suam.

Petua 4: Belah 2 biji tomato kemudian gosokkan pada kulit wajah selama 5 – 10 minit dan tunggu sehingga benar-benar kering. Bilas dengan air suam.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

4 thoughts on “Petua Merawat Kulit Terbakar Dan Langkah Mengatasinya”

  1. sayidah says:

    waahh petua yg berguna!! 🙂
    sayidah recently posted…BLOG KOLEJ16 & BLOG ADDCHOCS 🙂My Profile

  2. cik siti says:

    thanks for sharing….cik siti selalu la jd sunburn ni…huhu
    cik siti recently posted…KEMALANGAN : anggota tentera dengan polisMy Profile

  3. vcore says:

    bagus nih ……

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge