Petua Merawat Keputihan Dan Ketahui Puncanya

download.jpg

Petua Merawat Keputihan Dan Ketahui PuncanyaKeputihan atau lelehan lendir yang keluar dari faraj ada pelbagai sifatnya dan berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain.

Keputihan biasanya berwarna jernih atau kelabu keputihan. Lazimnya, jika keputihan tiada berubah warna kekuningan atau kehijauan bermakna tiada jangkitan.

Sama juga jika keputihan bersifat berlendir dan tidak berbeku seperti basi atau berubah berbau hanyir, atau terdapat radang dan kegatalan pada faraj menandakan jangkitan.

Punca Keputihan Terjadi:

  • Keputihan atau lendir faraj berubah akibat perubahan hormon, perubahan mental, jangkitan, ubatan, penyakit dalaman. Wanita mempunyai kitaran haid yang dipengaruhi oleh hormon.
  • Keputihan akan bertambah cair ketika ovulasi dan bertambah likat ketika hampir haid.
  • Wanita yang dalam keadaan terangsang seksualnya juga boleh menambahkan lagi keputihan yang dialaminya.
  • Keadaan stres mental juga boleh mengakibatkan perubahan hormon dan mengakibatkan keputihan berlebihan.
  • Begitu juga dengan penyakit dalaman seperti penyakit kencing manis, tiroid juga mengakibat ketidakseimbangan hormon dan cenderung kepada penyakit.
  • Penyakit yang paling biasa menyebabkan perubahan lendiran faraj adalah jangkitan seksual seperti Bacterial vaginosis, Candida vaginitis, Trichomonas vaginitis, Gonorea, Chlamydia atau herpes.
  • Setiap satu jangkitan mempunyai sifat lendiran dan bauan tertentu. Dapatkan nasihat doktor untuk memastikan bahawa keputihan itu adalah cuma lendiran faraj biasa dan bukannya disebabkan oleh jangkitan.

Jika anda aktif dalam melakukan hubungan kelamin, maka anda perlu menjalankan ujian pap smear dan pemeriksaan pelvis.

Gunakan alas seluar dalam (panty liner) untuk mengurangkan lendiran dan radang pada kemaluan. Elakkan wangian dan pencuci antiseptik kerana ini akan memudaratkan keadaan.

Petua Merawat Keputihan Dan Ketahui Puncanya

Daun Sirih

Petua Merawat Keputihan Dan Ketahui Puncanya

Petua pertama

Ambil secekak pucuk pegaga dengan akarnya sekali dan bersihkan. Kemudian anda rebuslah pucuk pegaga tadi bersama 2 gelas air bersih. Masukkan sedikit garam kedalam itu. Setelah mendidih ,biarkan ia sehingga sejuk. Apabila telahpun sejuk,anda tapislah air rebusan itu. Minum air tersebut 2 kali sehari. Amalkan sehingga masalah rasa gatal itu sembuh.

Petua Kedua

Ambil 12 helai daun sireh dan bersihkanya. Kemudian anda sediakan 1 liter air suam. Ramas kesemua tadi bersama-sama air suam tadi. Tapislah air tersbut. Gunakan air tapisan untuk mencuci bahagian alat sulit anda. Selain dapat menghilangkan rasa gatal dan bau, petua ini juga dapat merapatkan kembali bahagian alat sulit wanita. Lakukan sehingga anda dapat mengatasi masalah keputihan yang dialami.

Perhatian:Petua traditional ini hanyalah alternatif untuk rawatan yang didapati dari orang-orang tua terdahulu. Bagaimanapun anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor supaya tidak ada kesan sampingan dikemudian hari.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

6 thoughts on “Petua Merawat Keputihan Dan Ketahui Puncanya”

  1. vcore says:

    petua yang berguna! tq for sharing
    vcore recently posted…20 Fakta Menarik Tentang Otak ManusiaMy Profile

  2. petua paling senang makan jamu @ guna feminim wash berubat.. nak suggest produk seri dewi malam memang baik jugak merawat masalah ni. saya bukan pengedar yer… saya cuma pengguna. saya tak mengalami masalah keputihan sangat pun tapi untuk jaga kebersihan sahaja bagi mengelak sebarang jangkitan. Tapi kalau was2 boleh je try petua2 lama ni.. sebab produk jamu pun kebanyakkan guna bahan semulajadi macam petua lama jugak kan..
    lekatlekitgurl recently posted…PENYEBAR GAMBAR 8 BUDAK SUSPEK ROGOL BAKAL DI SAMANMy Profile

  3. baby comel says:

    pakai panty liner, especially yg herba punya. InsyaAllah berkesan. Sebolehnya jangan tukar2 jenama pad yg dipakai.. thanks bagtau. tentang daun sireh tu, mmg baik
    baby comel recently posted…Cara Kekalkan Air Kolam Ikan BersihMy Profile

    1. aziawaty says:

      Petua Ketiga
      Dengan bermodalkan rm48, dapatkan COOL MEDICATED FEMININE WASH dr JSD..diekstrakkan dr herba arab, cengkih, extrak sireh dan manjakani…TERNYATA BERKESAN..NO MORE PANTYLINER..

  4. Wan says:

    Petua altrnatif yang terbaik untuk kaum hawa. Keputihan ni dah jadi satu kebiasaan di kalangan wanita. Mungkin juga disebabkan oleh stres di tempat kerja.
    Wan recently posted…MZ Secret Fat2Fit Mist SprayMy Profile

  5. razman says:

    Isteri saya juga mengalami masalah nie memang merisaukan lah.tapi saya ada guna produk kesihatan-kesihatan seperti pil dan lain-lain.tapi semuanya hampa,selepas mengunakan produk tuala wanita lexee alhamdulilah penyakit isteris saya sembuh.Saya dapatkan info produk nie dari website http://www.usahawanredlife.com
    syarikat official goredlife.com.dulu macam tak percaye je.tapi bila dah cuba memang terbukti berkesan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge