Petua Merawat Dan Hilangkan Kelemumur Dengan Mudah

masalah-kelemumur.jpg

Petua Merawat Dan Hilangkan Kelemumur

Petua Merawat Dan Hilangkan Kelemumur Dengan Mudah – Masalah kelemumur sering menjadi rungutan wanita. Kelumumur dikatakan boleh memberikan kesan rambut gugur kepada seseorang. Untuk menghilangkan kelemumur, campur air perahan limau nipis dengan sedikit air sebelum digosok pada kulit kepala.

Selain menggunakan perahan limau nipis, ada cara lain yang boleh dicuba termasuk menggunakan daun pandan.

Ambil kira-kira 10 helai daun pandan yang agak tua, kemudian ia ditumbuk sehingga halus dan dicampurkan dengan dua gelas air.

daun-pandan-pandan-leaves

Tapis campuran itu dan sapukan dengan rata pada rambut yang sudah dibersihkan. Biarkan selama setengah jam dan bilas rambut dengan air bersih. Ia bukan saja membantu mengurangkan kelemumur malah rambut berbau wangi.

Amalan orang lama pula hanya menggunakan santan. Ambil kelapa tua dan perah pekat-pekat. Biarkan selama sejam supaya patinya naik.

Kemudian, barulah ia disapu pada rambut. Balut rambut dengan tuala bersih dan perap selama setengah jam. Jika kerap diamalkan, ia membantu untuk melebatkan rambut dan mendapatkan rambut yang sihat dan cantik.

SELAMAT MENCUBA PETUA INI!!!

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

4 thoughts on “Petua Merawat Dan Hilangkan Kelemumur Dengan Mudah”

  1. kucinghitam says:

    mana la nak cari daun pandan nie dr fun huhu
    kucinghitam recently posted…Giveaway Ramadhan by JiwarOsakMy Profile

  2. kucinghitam says:

    dulu sy rajin tumbuk daun bunga raya pastu letak atas rambut sejuk ja
    kucinghitam recently posted…Giveaway Ramadhan by JiwarOsakMy Profile

    1. boleh ke. setahu aku bunga raya utk org demam je
      Carlos Santiago recently posted…BAN Politik – Pusat Judi/Maksiat Di Selangor, Apa Beza PR dan BNMy Profile

  3. betul ke ni. aku baru tahu info ni.
    Carlos Santiago recently posted…BAN Politik – Pusat Judi/Maksiat Di Selangor, Apa Beza PR dan BNMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge