Petua Menjaga Kesihatan Mata

Petua Menjaga Kesihatan Mata

Petua Menjaga Kesihatan MataMata merupakan organ yang telah terbentuk untuk mengesan cahaya. Mata yang paling ringkas hanya berfungsi mengesan sama ada keadaan sekeliling terang atau gelap. Mata yang lebih rumit berfungsi untuk memberikan deria penglihatan.

1. Setiap kali mandi atau berwudhu, pastikan jangan pejamkan mata semasa air melalui mata anda, sebaliknya kelip-kelipkan mata anda beberapa kali, biar air mandian itu mencuci mata anda. Memang mata kita akan terasa pedih sikit. Walaupun tiada kajian saintifik mengenai petua ini, tetapi setelah mengamalkannya beberapa lama, setakat ini mata tidak mudah rabun (melainkan berpenyakit),  biarpun berjam-jam di depan komputer.

2. Untuk menyegarkan mata yang letih atau rasa gatal-gatal akibat sakit mata, ambil beberapa helai daun sirih muda, basuh bersih-bersih. Ramas-ramaskan sampai lumat dan didihkan seketika. Tapis airnya dengan kain bersih ke dlm mangkuk dan biar hingga suam-suam kuku. Lepas itu rendamkan atau jiruskan terus pun boleh pada mata anda sambil kelip-kelipkan mata berulang kali.

3. Amalkan senaman untuk mata anda.

Caranya:

a. Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan anda, kemudian beransur-ansur lihat pula objek yang lebih jauh, dan jauh, jauh lagi, sejauh-jauhnya. Selepas itu balik semula beransur-ansur lihat objek yang berdekatan anda. Ulang proses ini beberapa kali.

b. Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum mungkin,berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah (sampai mata naik juling), beransur-ansur lajukan proses ini.

c. Setelah 1-2 jam di depan komputer, berhenti sekejap, lihatlah objek-objek berwarna hijau di luar rumah anda, seperti pokok-pokok dan sebagainya. Sesungguhnya warna hijau itu menenangkan dan merehatkan mata anda.

4. Amalkan makan makanan yang kaya dengan vitamin A & C – susu, sayur (terutama carrot dan broccoli) dan buah-buahan (terutama aprikot dan anggur) dan sebagainya.

Selamat mencuba dan terus berusaha! 🙂

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments