Petua Menghilangkan Dan Merawat Rambut Kelemumur

rambut-kelemumur.jpg

Petua Menghilangkan Dan Merawat Rambut Kelemumur | Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca yang dikasihi dan dihormati. Dah lama rasanya Dr Fuh tak kongsikan petua kesihatan mahupun petua kecantikan dengan pembaca semua kan. Hari ni Dr Fuh nak share satu petua berkenaan kesihatan rambut iaitu petua rambut kelemumur.

Kelemumur sememangnya sentiasa menjadi maslah utama bagi golongan wanita selain masalah rambut gugur.

Masalah rambut berkelemumur ini harus dijaga dan diberi perhatian supaya ia tidak bertambah buruk. Pelbagai cara digunakan bagi mengelakan masalah ini, ada yang menggunakan petua tradisional dan ada yang membuat rawatan rambut di salun dan juga yang gunakan syampu.

Petua Menghilangkan Dan Merawat Rambut Kelemumur. Cara Dan Tips Merawat Kelemumur Pada Rambut, Petua Rambut Sihat, Petua Penjagaan Rambut Berkesan
Akibat Yang Berpunca Dari Kelemumur

Di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa cara untuk mengatasi masalah rambut berkelemumur anda.

Petua Menghilangkan Dan Merawat Rambut Kelemumur

Daun inai dan serbuk teh

Ambil segengam daun inai dan satu sudu serbuk teh dan gilis kedua-duanya sekali sehingga lumat. Lumurkan bahan tersebut di kulit kepala dan biarkan ia kering selama satu jam dan kemudian bersihkan. Amalkan petua ini sebaik-baiknya tiga kali seminggu sehingga kelemumur berkurang.

Air limau

Bagi anda yang mempunyai luka di kulit kepala, tips ini mungkin kurang sesuai kerana air perahan limau kalau terkena pada luka mungkin akan menyebabkan luka di kulit kepala berasa sangat pedih. Tetapi bagi anda yang tiada masalah tu, bolehlah cuba petua ini. Amalkannya sehingga kelemumur berkurang.

Daun pandan

Ambil kira-kira 10 helai daun pandan yang agak tua dan tumbuk sehingga halus dan campurkan dua gelas air. Kemudian tapiskan bahan tersebut dan sapukan pada rambut yang sudah dibersihkan. Biarkan ia kering selama 30 hingga 60 minit kemudian bilas dengan air mengalir. Daun pandan boleh mengurangkan masalah kelemumur dan juga membuatkan rambut menjadi wangi.

Santan

Menggunakan santan kelapa adalah salah satu petua tradisional yang diamalkan sejak turun-temurun. Selain mengurangkan masalah kelemumur, santan juga akan membuatkan rambut menjadi lebih lebat sihat dan kuat!

Diharap dengan beberapa tips ini dapat membantu anda yang mempunyai masalah rambut kelemumur. Selamat mencuba!

Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

13 thoughts on “Petua Menghilangkan Dan Merawat Rambut Kelemumur”

  1. perkongsian yg pintar..gud info
    blogger lelaki recently posted…Tips Membuatkan Otak Blogger Berfikir Lebih PantasMy Profile

  2. Denaihati says:

    baru tau daun pandan dan santan pun boleh hilangkan kelemumur, guna daun pandan sedap sikit baunya.

  3. mth3 says:

    santan mak pernah guna masa kecik dulu, tapi nak buang daki kat tengkuk.. hehe
    mth3 recently posted…Media Sosial : Pengaruh Rakan SebayaMy Profile

  4. Thibashree Nagarajan says:

    Good Inf0 !!

  5. puteri says:

    nak tegur.. gambar second tu, tolong ekk.. tu bukan kelemumur, tu gambar penyakit yg ada psoriasis.. kalau nak buat entry tu, pilih lah gambar yang betul2 kena dgn tajuk. ok Dr Fuh? 🙂 just teguran. jgn disebbkan gmbar tu, ramai yg mengutuk n mengata benda tu menggelikan..

  6. cik Ain says:

    gunalah shampoo yang sesuai dengan kulit rambut..
    infom yang berguna..

  7. vcore says:

    nice petua

  8. Khairil says:

    Yeah.. Tradisional mmg bagus, low cost! Cuma kena rajin sikit je..

  9. mawardiyunus says:

    leh try ni pas ni ahhaahha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge