Petua Mengecilkan Liang Pori Di Muka

pori1.jpg

Petua Mengecilkan Liang Pori Di Muka

Ramai yang sering rungsing akan liang pori yang terbuka di wajah terutama wanita. Menurut kajian, lebih daripada 300,000 pori-pori berada pada wajah manusia. Saiznya adalah dua kali ganda bagi mereka yang berusia 25 hingga 50 tahun. Di sini terdapat 5 petua atau tips untuk mengecilkan liang pori di muka yang dapat anda amalkan.

1. Campurkan dua sudu mayones dengan perahan lemon. Sapukan pada wajah sebagai masker dua kali seminggu. Petua mengecilkan liang pori ini juga bertindak sebagai pelembap wajah.

2. Pakai toner selepas mencuci muka anda kerana semasa mencuci muka, liang roma akan terbuka bagi membersihkan kotoran yang melekat pada wajah. Selepas toner dipakai, letakkan moisturizer untuk melembapkan kulit anda.

3.  Ambil sapu tangan atau tisu dan balutkan beberapa ketulan ais dan usapkan di muka untuk beberapa minit. Ketulan ais boleh melambatkan muka anda daripada berminyak.

4. Amalkan scrub muka 2 atau 3 kali seminggu. Tujuannya adalah untuk membuangkan sel-sel kulit mati pada wajah anda.

5. Tambahkan 5 sendok makan madu dan dua sendok oatmeal dengan 2 sendok susu bubuk. Campur bahan menjadi satu. Pulaskan ramuan secara merata di wajah sambil diberi sedikit pijatan dengan gerakan memutar. Setelah selesai, basuh sampai bersih. Rawatlah wajah dengan ramuan ini secara rutin setidaknya 2 kali seminggu.

Kulit wajah yang sihat dapat meningkatkan keyakinan diri anda. Selamat mencuba Petua Mengecilkan Liang Pori Di Muka ini!! 

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

9 thoughts on “Petua Mengecilkan Liang Pori Di Muka”

  1. Moral of d story jgn suka kutil jerawat

    1. Daxx says:

      Sangat susah nak cegah daripada mengutil jerawat. huhu
      Daxx recently posted…Pelajar Perempuan Berpesta Liar Mandi Buih + VideoMy Profile

      1. boleh ikat tangan ko tiap kali nak tgk cermin wakakakkaka ^_^

  2. Ummar Farouk says:

    5 petua yg baik utk diamalkan…
    Ummar Farouk recently posted…Ubah Tiga Elemen Dalaman Yakni Hati, Akal Dan NafsuMy Profile

  3. Daxx says:

    saya pulak runsing apa itu pori…. -.-
    Daxx recently posted…Pelik! Anjing Paling Hodoh Di Dunia + VideoMy Profile

  4. vcore says:

    petua yang bagus

  5. amir zahari says:

    Pori terbuka bekas jerawat lagi, mau boleh bertukar muka seperti kawah bulan kalau dibiarkan..
    amir zahari recently posted…Izinkan Saya Berzina Dengan Anak PakcikMy Profile

  6. Adriana Watson says:

    Saya ada masalah liang roma terbuka,dulunya liang roma tidak terbuka tapi sejak akhir akhir ini liang tersebut jelas kelihatan,so bagaimana caranya untuk mengecilkan liang roma tersebut..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge