Petua Mengawal Berat Badan Selepas Kahwin

orang-gemuk.jpg

Petua Mengawal Berat Badan Selepas Kahwin | Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca yang Dr Fuh kasihi semua. Memang tak dapat dinafikan selepas kahwin semuanya nampak indah belaka. Makanan pun nampak sedap semuanya dan anda cenderung untuk makan lebih banyak selepas berkahwin. Satu penyelidikan yang dilakukan membuktikan bahawa berat badan seorang pengantin baru akan bertambah sebanyak 2.7 – 4 kilo dalam masa 2 tahun.

Anda tentu tidak mahu suami anda cari yang lain bukan? Jadi, 3 perkara dibawah untuk anda mengatakan ‘Ya, saya sudi’ selepas berkahwin.

Beringat tentang kandungan makanan yang dimakan

Jika suami anda seorang yang suka makan, anda juga tidak semestinya perlu mengikut hobinya itu. Kandungan kalori antara lelaki dan perempuan amat jauh bezanya. Wanita cuma memerlukan lebih kurang 11 kalori untuk mengekalkan bentuk badan.

Masak sendiri di rumah

Kebanyakan wanita zaman kini adalah wanita berkerjaya. Ya, kami faham anda penat setelah seharian bekerja dan tidak mempunyai masa untuk masak. Jadi, makan diluar sahaja jalan penyelesaiannya. Berhati-hati wahai wanita, makan diluar menjurus kepada penambahan berat badan mendadak.

“Dessert Date”

Jika suami anda seorang yang suka menikmati satu ‘scoop’ aiskrim dan anda pula tukang menghabiskan satu kotak, apa kata anda berdua keluar untuk “Dessert Date” seminggu sekali selain daripada menyimpan satu kotak aiskrim di dalam peti beku. ‘Sweet’ bukan?

Selamat mencuba! – Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

3 thoughts on “Petua Mengawal Berat Badan Selepas Kahwin”

  1. Saya plak susah sangat nak naik berat bedan.. Macam nie je dari sekolah menengah lg. Maybe lepas kwin nanti kot baru ada perubahan.. huhu. Saya simpan petua nie untuk lepas kahwin nti 🙂
    Aniqbukhary32 recently posted…Macam cantik je, macam comel je dah keluar lagu versi islamikMy Profile

  2. muja says:

    ang nak kawin dah ke dr fuh? 😛

  3. Anonymous says:

    I’m not sure where you’re getting your information, but great topic.
    I needs to spend some time learning more or understanding
    more. Thanks for great info I was looking for this information for my mission.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge