Petua Memutihkan Muka Yang Berkesan

147064-500x281.jpg

Petua Memutihkan Muka Yang Berkesan

Petua Memutihkan Muka Yang Berkesan | Wanita sering kali mengingankan kulit wajah atau muka yang putih berseri. Begitu juga dengan lelaki kan.. Pada zaman sekarang, lelaki juga menitik berat penampilan diri mereka dan mengingankan muka yang putih tanpa noda seperti jerawat, blackhead, whitehead dan sebagainya.

Disini Puteri ingin kongsikan beberapa petua untuk memutihkan muka. In Shaa Allah, dengan mengamalkan petua nih, muka akan kembali putih dan cerah berseri.

1. BARLI

Ambil segenggam barli dan goreng tanpa minyak. Kemudian, tumbuk barli yang telah di goreng itu hingga lumat. Bancuh serbuk barli tersebut dengan sedikit perahan air limau nipis dan air masak. Sapukan bancuhan tersebut dengan rata di wajah anda sebelum tidur.

Untuk mendapatkan hasil, amalkannya sekurang-kurangnya seminggu sekali. InsyaAllah anda akan dapat lihat hasilnya nanti.

2. BERAS PULUT

Ia berfungsi untuk menanggalkan daki dan sel-sel mati serta menghaluskan kulit. Manakala serbuk beras pulut dan beras pulut hitam khusus untuk menanggalkan sel kulit mati, mengurangkan parut, di samping memerah dan memutihkan kulit wajah dan badan.

Cara-Caranya:
1. Rendam beras pulut hingga lembut, kemudian tumbuk sehingga lumat.

2. Sebelum mandi, lumurkan seluruh badan dengan beras yang ditumbuk.

3. Biarkan lumuran tadi separuh kering dan sental kulit anda perlahan-lahan.

4. Bilas badan anda dengan air mandian. Amalkannya sekerap yang mungkin.

5. Untuk hasil yang terbaik amalkan,2 kali seminggu.Kulit tubuh anda dijamin akan cerah.

3. NENAS

Ambil bahagian dalam nenas yang keras (palu) lalu gosokkan ke seluruh bahagian badan. Bilasa badan dengan sebersih-bersihnya. Amalkan setiap pagi dan petang. InsyaAllah kulit anda akan lebih putih, cerah dan berseri.

4- TIMUN

Parut isi timun atau hancurkan, campurkan bersama perahan limau. Tempek ke muka dan tunggu sehingga kering. Sesudah itu, bolehlah dibilas dengan air bersih atau air suam. Nak cepat hasilnya, buat setiap malam.

5. LOBAK MERAH 

Parut sebatang lobak merah dan satukan bersama sebiji kuning telur dan sedikit jus limau nipis sehingga sebati. Tepek pada keseluruhan muka dan leher dan biarkan kering. Bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu. ia menjadikan wajah lebih berseri, mulus, menegangkan kulit.

6. LIMAU NIPIS 

Belah limau nipis menjadi 2,gosok pada wajah dan badan…kulit akan menjadi cerah, licin dan harum..

7. BERAS 

Ambil 1 gengam beras,tumbuk dan tambahkan air. kemudian sapu pada wajah sebelum tidur..ia dpt menghilanhkan jerawat batu dan of course putihkan wajah..
8. BUAH DELIMA 

Buah delima mengandungi kandungan aktif yang merupakan agen pencerah kulit yang berkesan. Ia dapat mengenali bahagian yang berpigmentasi dan menghentikan komunikasi di antara sel bagi menghasilkan melanin.

9. LABU 

Tutup pori-pori pada wajah dengan buah labu yg bertindak membuang sel kulit mati. dgn campurkan puri labu,madu,cuka epal,tepung ubi,1 biji telur.

10. KOPI

Serbuk akan menghasilkan minyak anti-oksidan. Ia berfungsi menghaluskan serta mencerahkan kulit anda.kalau nak putih satu badan just lulur kopi tersebut 🙂

Caranya;

1. Tumbuk biji kopi sampai halus.

2. Campurkan serbuk kopi dengan minyak zaitun dan tepung sengkuang mengikut kadar yang secukupnya.

3. Kacau kesemua bahan hingga rata.

4. Kemudian, sapukannya pada muka serta seluruh anggota badan anda.

5. Sambil menyapu, gosokkan secara lembut campuran tadi pada tubuh anda.

6. Seterusnya, biarkan ia selama 1 jam. Tujuannya supaya minyak dalam kopi tadi menyerap ke dalam tubuh anda dengan sempurna.

7. Akhir sekali, bilas tubuh anda dengan air yang dicampurkan dengan sedikit garam. Lepas tu anda bolehlah mandi seperti biasa.

 

SELAMAT MENCUBA YA.. =)

 

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

10 thoughts on “Petua Memutihkan Muka Yang Berkesan”

  1. kucinghitam says:

    sekarang ni buka fb pun melambak produk putih muka tp xtau ok ke ko

  2. baby comel says:

    Semulajadi punya cara ni, nak cuba… terima kasih

  3. idatimalek says:

    lebih baik guna benda cmni dri guna produk x tntu hala
    idatimalek recently posted…Aku Menang ‘Give Fahmi Wings’ contest by RedbullMy Profile

  4. Wa Tak Tahu says:

    Menjadi ke petua ni?

  5. ayu05 says:

    terbaik lah tips ni <3

  6. izzati salwani says:

    beras tu nak isi air apa?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge