Petua Kuruskan Badan Cara Sihat Dan Betul

turunkan-berat-badan.jpg

Petua Kuruskan Badan Cara Sihat Dan Betul | Ehem..hari ni Dr Fuh nak kongsi lagi petua yang boleh diamalkan untuk kesihatan badan. Badan yang sihat tak semestinya kurus, macam Dr Fuh ni walaupun “tak berapa kurus” tapi Alhamdulillah sihat..hehehe..So jom kita check it out petua kuruskan badan dengan cara yang sihat yang Dr Fuh ambil dari laman RAPI.

Petua Kuruskan Badan Cara Sihat

Petua Kuruskan Badan

1. Mulakan hari anda dengan menu dan jumlah sarapan yang mencukupi. Ini akan membantu mengurangkan jumlah kalori sepanjang hari.

2. Pastikan setengah hidangan untuk makan tengahari dan makan malam mengandungi sayuran dan buahbuahan

3. Makanlah sedikit sebelum anda menghadiri majlis makan malam. Ambillah telur rebus, epal dan minumlah teh sebelum ke majlis tersebut. Ini akan mengurangkan nafsu makan di majlis itu

4. Tambahkan satu hidangan untuk buahbuahan dan sayuran pada menu anda. Jika anda sudah lakukan, anda boleh tambahkan hidangan ini sehingga lapan hidangan sehari untuk sayuran dan buahbuahan.

5. Untuk setiap hidangan, jangan sesekali menggunakan pinggan yang besar. Gunalah piring salad setiap kali anda makan tengahari dan makan malam

6. Ambillah hidangan sup yang lebih banyak. Sup biasanya rendah kalori dan membuatkan anda cepat kenyang.

7. Bawalah bekal ke pejabat. Ini untuk membantu mengelakkan anda makan tengahari secara berlebihan.

8. Cubalah untuk tidak mengambil gula selama dua minggu. Mesti rasanya luar biasa dan menutup nafsu makan anda. Namun, jika anda bertahan, pasti akan menjadi kebiasaan.

9. Jangan ‘jadikan’diri anda gemuk dengan ‘memenuhi’ permintaan perut.Anda masih boleh mengambil 600 kalori dengan biskut atau bijirin tanpa anda sedari.

10. Jika anda suka mengunyah ketika stres, inilah masanya untuk berubah. Anda harus fokus mencari cara lain yang lebih sihat. Carilah jalan untuk mengatasi stres tanpa melibatkan makanan.

11. Berusahalah untuk mengambil menu rendah kalori sebelum mengambil hidangan lain. Mulakan dengan salad, sayuran dan sup. Apabila tiba pada makanan utama, sudah tentu perut anda penuh untuk menerima menu tinggi kalori

12. Ambillah sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Sebahagian dari anda suka hobi makan di tengah malam. Ini adalah cara mereka yang makan tidak teratur atau suka mengambil makanan tidak seimbang.

13. Jadikan makanan sebagai hidangan yang mempunyai tujuan iaitu ‘hidup sihat’. Nikmatilah makanan itu dan yakin bahawa makanan itu akan memberikan nutrisi pada badan anda.

14. Ubahlah jadual makan malam anda. Kalau kebiasaan anda suka mengunyah, cubalah kurangkan sedikit demi sedikit. Lama kelamaan ia akan membuatkan tangan dan fikiran andalupa pada snek malam.

15. Jadikan aerobik sebagai aktiviti yang menyenangkan. Ajaklah keluarga untuk bergerak dengan muzik kegemaran anda

16. Tulis di atas sekeping kertas ‘tutup selepas makan malam’. Tampalkan di pintu peti

17. Gosoklah gigi selepas waktu makan malam. Ini untuk mengingatkan anda bahawa waktu makan sudah habis.

18. Bersenamlah dan jadikan ia sebagai kegiatan yang menyihatkan.

19. Makanlah ketika tiba waktu makan. Jangan sesekali melakukan perkara lain pada waktu makan seperti membaca, menonton televisyen atau melayari internet.

20. Sebelum anda membeli belah, berjalanlah sebanyak tiga pusingan di pusat membeli belah tersebut.

So amacam? Agak-agak mampu buat tak?kalau tak mampu buat semua takpe, buat slow-slow step by step. Lama kelamaan In Shaa Allah dah biasa. Selamat mencuba!! 🙂

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

13 thoughts on “Petua Kuruskan Badan Cara Sihat Dan Betul”

  1. Ummar Farouk says:

    Ada certain part yg aku tak bleh nak buat. Huhu..
    Ummar Farouk recently posted…Fikirkan Sejenak Mengenai Persoalan Ini…My Profile

  2. Daxx says:

    Badan saya dah kurus tahap gaban dah. Kalau bersenam cardio ni, memang katang la jawabnya. huhu 🙂
    Daxx recently posted…Fail! DiGi Photoshop Level: Noob + 2 GambarMy Profile

  3. aisya lieza says:

    huhuhu.. amalkan cara makan y betull .. kalau nk up berat badan cm ne?? hahahah :p
    aisya lieza recently posted…Syaaban 🙂My Profile

  4. Lia Aleesya says:

    good info 🙂 yg penting kita kna disiplin kan? =)

  5. Yan Ty says:

    No 10 yg perlu dicegah… Yeah chsiyok2, kuruih2.
    Yan Ty recently posted…Pantai Timur , Aku Datang ! – Day 5My Profile

  6. huhu,,,kurus dgn cara yg selamat,,,yg penting sihat,,,,
    Dafiera Hananie recently posted…new packaging sabun lulur kasih SLK & sabun 3 GP untuk rawat jerawatMy Profile

  7. Lin Lin says:

    Sy ulang-alik jalan kaki pergi sekolah pun tak juga kurus2,tambah gemuk adalah..sy nak tanya ne,kitaran haid tak teratur mempengaruhi berat badan ke?

  8. cerita best says:

    kalau perempuan..ada masalah period memang susah nak turun..kene betulkan kitaran haid dulu…
    cerita best recently posted…Honda Fit 2014 Akan Dilancarkan Di Pasaran JepunMy Profile

  9. vcore says:

    tips yg berguna

  10. wah…. info yang berguna… pada sesiapa yang ingin mencuba menggunakan set kurangkan lemak buleh la rujuk post kat bawah ni yer…. belom cuba, belom tahu…

    http://vitaminformeandyou.blogspot.com/2013/01/shaklee-shape-up-programme.html

  11. eweres says:

    Petua yang bagus,
    Tambah-tambah bahan semulajadi, selamat lagi dijamin Halal.
    Bagi yang ada masa, memang patut amalkan..
    Bagi yang tiada masa,saya sarankan supplement Shaklee..
    Turunkan berat badan dgn selamat-tanpa diet ketat
    Kekalkan berat badan dalam masa sama kekalkan kesihatan
    Dan cantikkan kulit.
    100% Bahan semula jadi-selamat-Halal..
    murah dan berkesan.. (boleh minta harga ahli)
    Bagus untuk kecantikan,kesihatan dan untuk ibu..
    Untuk info boleh ke fb:
    https://www.facebook.com/healthcute
    jgn cari sy

  12. Wan says:

    RAHSIA KURUSKAN BADAN = SARAPAN yang berkhasiat yang mengandungi Protein, Karbohidrat dan mineral. Contohnya: Telur, ikan, ayam, brocolli, celery, carrot…
    Wan recently posted…MZ Secret Fat2Fit Mist SprayMy Profile

  13. kinot g says:

    Kita kongsi apa yang kita tahu.. Info kecantikan untuk wanita Yang idamkan bentuk badan idaman

    Mungkin jaya:

    https://m.facebook.com/friends/requests.php?v=all-requests&stype=cs&status=100006473 472694&gfid=AQA_gY0icU-WLiRc&_rdr#_=_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge