Petua Kekal Langsing

Petua-Kekal-Langsing.jpg

Petua Kekal Langsing | Zaman moden ini banyak jenis makanan yg mengandungi mudarat jika dimakan berlebihan. Makanan yg diproses dan juga makanan segera sering menjadi pilihan. Namun adakah kita prihatin dengan kesan sampingannya pada tubuh badan? Makanan yg ada di pasaran sering mengandungi gula dan lemak yg tersembunyi.

Pengambilan secara berlebihan akan membawa kepada masalah kegemukan dan obesiti. Sebelum masalah ini terjadi pada kita, sewajarnya kita mengambil sikap berhati-hati. Manakala bagi mereka yg sedang berperang dengan masalah berat badan, jangan khuatir dan cepat putus asa kerana petua yg disarankan di bawah adalah petua yg mudah dan boleh diamalkan semua. Yang penting adalah keazaman untuk menjayakannya dan diamalkan secara berterusan dan bukan
sekerat jalan.

Selain itu, senaman dan mengawal nafsu makan yg keterlaluan adalah jalan terbaik untuk gaya hidup sihat.

A) Caranya ialah mengubah cara pemakanan yang diamalkan daripada kebiasaan kepada satu kaedah yang baru iaitu

1. Apa yang kita ambil untuk sarapan diwaktu pagi ditukar kepada apa yang sepatutnya dimakan
ditengah hari dibawa dan dimakan diwaktu pagi.

2. Pada waktu tengah hari jangan makan makan yang mengenyangkan, cukup sekadar buah-buahan atau jangan makan langsung.

3. Makan malam diawalkan dan diambil dalam lingkungan waktu jam 7.00 malam.

4. Jangan makan selepas pukul 9.00 malam walaupun anda belum makan apa apa sebelumnya.
Jika perlu juga cukup sekadar segelas susu atau buah- buahan atau makanlah sedikit tetapi
jangan mengambil makanan yang telah dimasak (makan berat).

B) Cara yang kedua sebagai amalan tambahan, berpuasa 2 kali seminggu (setiap hari Isnin dan Khamis), mesti berpuasa dengan niat diwaktu malam yang kita hendak berpuasa pada hari esok.

Bukan menahan lapar sahaja yang diikuti dengan makan sedikit atau minum. Pada hari ketika kita berpuasa sangat elok kita melakukan senaman. Walaupun manusia itu tahu bagaimana untuk menguruskan badannya, walaupun manusia itu memang sedar bahawa kegemukan itu mudah mengundang penyakit, namun manusia mudah lupa dan tidak berdaya untuk melakukannya lantaran tiadanya disiplin. Jadinya salahkanlah diri sendiri kerana “sikap adalah menghukum diri”.

C) Ada satu lagi petua yg mudah diikuti. Setiap kali bangun pagi, waktu tengahari dan sebelum masuk tidur di sebelah malam, amalkan meminum secawan teh cina (hijau) yg dicampurkan dengan limau nipis atau kasturi.

Insyaallah,anda akan lihat kesannya selepas 7-14 hari mengamalkannya.

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

6 thoughts on “Petua Kekal Langsing”

  1. vcore says:

    nice share……..

  2. Perkongsian menarik.. 🙂
    Aniqbukhary32 recently posted…Hah!!! Jodohku dari kalangan keluarga terdekat?My Profile

  3. cik Ain says:

    seronok kalau dapat bentuk bdn yg diidamkan..
    nice post.. 😉

  4. Martino says:

    Info yang sangat berguna makasih infonya yah. gan/sis. Regards!

  5. eweres says:

    Petua yang bagus,
    Tambah-tambah bahan semulajadi, selamat lagi dijamin Halal.
    Bagi yang ada masa, memang patut amalkan..
    Bagi yang tiada masa,saya sarankan supplement Shaklee..
    Turunkan berat badan dgn selamat-tanpa diet ketat
    Kekalkan berat badan dalam masa sama kekalkan kesihatan
    Dan cantikkan kulit.
    100% Bahan semula jadi-selamat-Halal..
    murah dan berkesan.. (boleh minta harga ahli)
    Bagus untuk kecantikan,kesihatan dan untuk ibu..
    Untuk info boleh ke fb:
    https://www.facebook.com/healthcute
    jgn cari sy
    eweres recently posted…Mengapa satu komunitiMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge