Petua Ibu Mengandung – Makanan Yang Sesuai Untuk Ibu Hamil

petua-ibu-mengandung.jpg

Petua Ibu Mengandung – Makanan Yang Sesuai Untuk Ibu Hamil | Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari ni Dr Fuh nak share sikit petua ibu mengandung berkenaan dengan pemakanan kepada readers-readers blog fuh.my ni. Dr Fuh amek dari Yahoo! petua ibu mengandung ni. Jom check it out!

Apabila anda disahkan hamil, pastinya ia satu berita gembira buat anda dan pasangan. Pelbagai langkah diambil bagi memastikan kandungan anda sihat termasuk juga dari segi pemakanan.

Ini kerana apa sahaja yang anda makan, makanan itulah akan menjadi sumber nutrien kepada kandungan anda. Contohnya ketika hamil, anda memerlukan protein dan kalsium kerana ia baik untuk tisu dan tulang bayi anda.

Jadi apakah jenis makanan yang patut anda amalkan ketika hamil?

Petua Ibu Mengandung (Pemakanan)

Berikut adalah antara jenis makanan yang boleh anda ambil:

BIJIAN
Roti gandum dan bijirin mempunyai lebih banyak asid folik, zat besi dan fiber jika dibandingkan dengan roti putih dan juga nasi. Malah tahukah anda bertih jagung juga kaya dengan fiber dan pelbagai nutrien seperti vitamin E dan selenium? Amalkan pemakanan bijian dalam kehidupan seharian anda seperti bijirin oat untuk sarapan pagi, roti gandum untuk makan tengahari dan pasta atau nasi perang untuk makan malam.

SALMON
Salmon bukan sahaja kaya dengan protein dan vitamin B, ia juga mempunyai lemak Omega-3 yang baik untuk otak dan mata bayi anda. Salmon juga rendah merkuri jika dibandingkan dengan jenis ikan yang lain. Anda boleh memanggang atau diletakkan bersama dengan salad. Anda boleh makan ikan rendah merkuri seperti salmon sehingga 340 gram setiap minggu.

TELUR

petua ibu mengandung
Telur juga adalah sumber protein baik kerana ia mengandungi asid amino yang diperlukan oleh anda dan juga bayi. Malah ia mempunyai kebaikan pelbagai jenis vitamin dan mineral, termasuk kolina yang baik untuk perkembangan otak bayi anda. Namun pastikan anda tidak memakan telur mentah atau separuh masak sepanjang kehamilan.

WALNUT
Tidak menggemari ikan atau telur, tetapi masih inginkan kebaikan Omega-3 yang penting untuk tumbesaran bayi anda? Apa kata anda mencuba walnut dengan meletakkannya bersama salad atau dimakan begitu saja sebagai snek? Walnut juga adalah antara tumbuhan yang kaya dengan khasiat Omega-3, seperti yang diperlukan oleh bayi anda.

YOGURT GREEK
Yogurt Greek mempunyai protein dua kali ganda lebih daripada yogurt biasa, kaya dengan kalsium jika dibandingkan dengan susu dan sesuai untuk diet ketika hamil. Pilihlah yogurt asli tanpa sebarang perasa dan tambahan gula. Lebih enak jika anda makan bersama buah-buahan atau bijirin gandum yang rangup.

SUMBER

Selamat mencuba petua ibu mengandung ini semua. Semoga anda mendapat anak yang sihat dari segi rohani, fizikal dan mental. In Shaa Allah.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

13 thoughts on “Petua Ibu Mengandung – Makanan Yang Sesuai Untuk Ibu Hamil”

  1. fyna says:

    info yang sangat berguna. thanks fuh~
    fyna recently posted…Simpton Taip Dan PadamMy Profile

  2. Satu lagi klw nak otak anak cerdik makan la sayur bendi.. insyallah otak baby akan cerdik.. tak de baby cerdik mak dia yg jadi montel hahahahahah

  3. lagi satu tips utk senang bersalin.. jangan tidur siang… kena byk berjalan… jangan malas hahahah

  4. kalau nak kulit baby cantik minum air soya… walaupun kulit baby warna gelap tapi insyallah halus gebu nnti texture kulit dia ๐Ÿ™‚

  5. catherina says:

    Mengandung 8 bulan mmg btl susah

    1. Daxx says:

      8 bulan ke 9 bulan? ๐Ÿ˜ฎ
      Daxx recently posted…Gila! Perempuan Jatuh Cinta & Kahwin Dengan UlarMy Profile

  6. Daxx says:

    saya tak pernah tengok mak saya mengandung ๐Ÿ™
    Daxx recently posted…Pelik! Fesyen Bulu Kaki Mencegah Gangguan SeksualMy Profile

    1. Daxx says:

      Sebab saya anak bongsu! Hahaha ๐Ÿ˜€
      Daxx recently posted…Jerebu Teruk Di Johor + 16 GambarMy Profile

  7. nabila biela says:

    bagus ni unutk org mngandunggg
    nabila biela recently posted…5 Penemuan Aneh Yang Menggemparkan DuniaMy Profile

  8. Mama Syafi says:

    info menarik mengenai pemakanan ibu hamil-sgt padat ๐Ÿ™‚

  9. vcore says:

    petua yang menarik

  10. eweres says:

    Petua yang bagus,
    Tambah-tambah bahan semulajadi, selamat lagi dijamin Hala.
    Bagi yang ada masa, memang patut amalkan.
    Tapi…..
    Bagi yang tiada masa, inginkan penjagaan kesihatan ibu dan bayi yang optimum dgn bahan semulajadi.
    Saya sarankan supplement shaklee-wife saya juga amalkan.
    Lengkap utuk ibu hamil-ibu menyusu-berpantang.
    100% Bahan semula jadi-selamat-Halal..
    murah dan berbaloi.. (boleh minta harga ahli-kalau amik sendiri)
    info lengkap boleh ke FB
    https://www.facebook.com/healthcute
    eweres recently posted…Mengapa satu komunitiMy Profile

  11. Wonderful site. Plenty of useful info here. I’m sending it to a few friends ans additionally sharing in delicious. And certainly, thank you in your sweat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge