Petua Hilangkan Gatal-Gatal

gatal11.jpg

Petua Hilangkan Gatal-Gatal | Disini terdapat dua petua dan cara untuk menghilangkan penyakit gatal-gatal. Sakit akibat gatal-gatal di bahagian tertentu badan atau seluruh badan adalah disebabkan sakit fizikal dan juga akibat gangguan atau sihir dan sebagainya. Pesakit akan mengalami keadaan gatal yang ringan ataupun yang teruk umpamanya kulit akan menjadi berair, merah serta boleh menjadi luka atau bernanah pada masa tertentu. Pengalaman yang biasa dilalui ialah pesakit mengalami gatal pada waktu petang atau malam sehingga sukar untuk melelapkan mata.

DOA YANG DIBACA

1. Asas 10 (Al-Fatihah, Selawat Syifa’,Lau Anzalnaa….)

2. Ayat-Ayat Syifa’

3. Bismillah Tujuh

4. Doa Syifa’

BAHAN RAWATAN

1. Daun Belimbing buluh ( tujuh tangkai )

2. Bedak Sejuk (sebotol/cup kecil)

3. Air Mineral (2 botol)

KAEDAH RAWATAN

Dibacakan semua doa di atas ke atas setiap bahan rawatan. Daun belimbing hendaklah ditumbuk halus/hancur dengan batu lesung atau di “blend”. Daun yang telah lumat dimasukkan dalam bekas/cawan, kemudian ambil sedikit anggaran satu sudu untuk dicampurkan dengan sedikit bedak sejuk dan air mineral di atas sebuah pinggan/piring putih yang kosong.

Kesemua bahan hendaklah digaulkan sehingga sebati menjadi semacam bedak, kemudian sapukan campuran tadi ke seluruh tempat yang gatal pada waktu petang selepas asar dan masa sebelum tidur. Lakukanlah sehingga tujuh hari berturut-turut. Mengikut pengalaman lepas, insyaAllah penyakit gatal pada badan akan hilang jua. Amin.

garam-laut-asli2

Petua Hilangkan Gatal-Gatal

Disini terdapat petua tradisional untuk penyakit gatal-gatal biasa pada kulit. Bolehlah anda mencuba dan ikhtiar untuk menghilangkan sakit tersebut. Jika sakit masih berlarutan, berjumpalah doktor untuk rawatan yang lebih lanjut.

1. Tepung Sagu – Ambil sesudu makan tepung sagu dan campurkan dengan sedikit air. Titiskan cuka sebanyak empat titis. Setelah dikacau, sapukan bahan itu pada bahagian yang gatal. Lakukan setiap hari sehingga bintik-bintik gatal akibat peluh itu hilang dari tubuh anda.

2. Daun Kunyit – Cari daun kunyit, daun asam jawa dan daun pokok duri keman .Tumbuk sehingga lu
mat dengan campuran sedikit garam. Kemudian sapu pada tempat gatal.

3. Gambir – Sekiranya ada masalah gatal pada kulit dan kelenkang, ambil sekeping gambir, masukkan ke dalam piring kecil kemudian basahkan gambir dengan sedikit air supaya ia kembang. Sapu pada bahagian gatal.

4. Garam Kasar – Bagi menghilangkan kesan daripada gigitan nyamuk dan menghilangkan gatal-gatal pada kulit, campurkan garam dan air. Jangan biarkan garam itu terlarut. Kemudian sental garam itu di bahagian yang kena gigitan.

5. Daun Rambutan – Daun rambutan juga boleh mengatasi masalah kulit kepala yang gatal. Masukkan daun rambutan dalam satu bekas yang berisi 3 gelas air, hancurkan daun rambutan . Setelah itu perah 2 biji limau nipis serta kacau hingga sebati. Tapis air tersebut, sapukan rata-rata biar ia menyerap pada kulit kepala. Sebaik-baiknya anda amalkan 2 minggu sekali.

SELAMAT MENCUBA!

SUMBER

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

3 thoughts on “Petua Hilangkan Gatal-Gatal”

  1. kucinghitam says:

    memang masalah kalo berpeluh
    kucinghitam recently posted…PROJEK DUIT RAYAMy Profile

  2. edashuid says:

    aritue,,mmg kene gatal-gatal tangan n kaki, asyik garu je,,but skang alhamdulillah..tapi still ade sikit2,betul ke ade gangguan jin?takut la plak..

  3. vcore says:

    petua yang bagus nih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge