Petua Hilangkan Bau Ketiak Masam Dan Tengik

Bau-ketiak-lelaki.jpg

Petua Hilangkan Bau Ketiak Masam Dan Tengik

Petua Hilangkan Bau Ketiak Masam Dan Tengik | Masalah ketiak berbau masam atau tengik amat merisaukan dan boleh membuatkan kurang keyakinan diri apabila berada di khalayak ramai. Disini terdapat beberapa petua yang anda boleh amalkan untuk menghilangkan bu ketiak yang masam dan tengik itu. Selamat mencuba!

  1. Campurkan setengah camca teh kapur dengan perahan sebiji limau nipis. Sapukan campuran pada ketiak selepas mandi setiap malam.
  2. Sapukan air kapur makan pada ketiak 2 kali sehari.
  3. Ambil beberapa helai daun pandan, bersihkan dan tumbuk hingga lumat. Perah dab tapis jusnya. Gunakan jus pandan untuk membancuh bedak sejuk.
  4. Rebus 5 helai daun sirih bersama 5 kuntum bunga kenanga dan segelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal setengah gelas. Tapis dan campurkan dengan sedikit gula merah. Amalkan meminumnya 2 kali seminggu.
  5. Gumpal beberapa helai daun sirih di tapak tangan sehingga mengeluarkan jusnya. Sapukan pada ketiak setiap kali sebelum mandi.
  6. Sapukan bedak sejuk itu pada ketiak setiap malam sebelum tidur. Lihatlah hasilnya dalam masa seminggu.
  7. Tumbuk 7 helai daun limau nipis hingga lumat. Campurkan dengan sedikit madu dan gentel-gentelkan sebesar kacang. Makan tiga kali sehari.
  8. Setiap kali mandi, gosok ketiak dengan belakang tapak tangan.
  9. Sapukan kulit pisang masak pada ketiak 15minit sebelum mandi. Kemudian basuh bersih dengan sabun.
  10. Belah limau nipis, gosokkan pada ketiak setiap kali selepas mandi.
  11. Tumbuk lumat beberapa helai daun pucuk jambu batu atau daun limau nipis. Gosokkan pada ketiak. Amalkan selalu.

SUMBER

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

6 thoughts on “Petua Hilangkan Bau Ketiak Masam Dan Tengik”

  1. Eyma Lydia says:

    Caya la.. Nasib baik bau ketiakku seharum kasturi yang segar mekar.. hekhek
    Eyma Lydia recently posted…Jumpa sekali pun cukuplah sayangMy Profile

  2. vcore says:

    boleh try nih.tq for sharing
    vcore recently posted…Majlis Malam Berinai Fouziah Gous Dan Md ZhafranMy Profile

  3. mas says:

    ada 3 benda yg betul2 sesuai ngan aku utk hilangkan masalah ketiak brpeluh n bau ni..huhuukk.. 1) lumurkan limau nipis kt ketiak ms mandi.. 2) deodorant dove ..ini aje yg aku leh pakai..yg lain xsmpai 6jam konfem ketiak aku brbau kembali.. 3) guna deodorant spray SEBAMED!!.. serius tahan smpai mlm.. n jgn sekali2 guna deodorant yg roll-on sbb bakteria senang mmbiak n disebarkan..

  4. Jero says:

    Ni nak kena try sume ke hape?ke slh stu j?huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge