Petua Dan Tips Untuk Mudah Bersalin

A7GEAW_2378638b.jpg

Petua Dan Tips Untuk Mudah Bersalin

Petua Dan Tips Untuk Mudah Bersalin | Cara ini bagi ibu-ibu yang disahkan boleh bersalin secara normal oleh doktor. Dapatkan nasihat doktor anda dan gunakan teknik yang disarankan oleh doktor anda.

1. Amalkan minum air kelapa semasa mengandung, lebih-lebih lagi bila di akhir kehamilan

2. Boleh gunakan teknik hypnobirthing sepanjang kehamilan. Berbual dengan bayi dan diri sendiri agar mudah melahirkan.

3. Dapatkan ketenangan fikiran semaksima yang mungkin di akhir kehamilan

4. Bagi suami, maafkan semua dosa isteri

5. Sibukkan diri dengan membuat kerja rumah.

6. Bersetubuh dengan suami lebih kerap di hujung kehamilan.

7. Banyakkan berjalan sehingga saat-saat terasa hendak bersalin, selagi mampu :). Bila tak mampu duduk tepi katil dan bongkokkan badan ke depan. Pergerakan yang banyak menyebabkan kontraksi berlaku.

8. Baca ayat-ayat al-quran semasa terasa sakit hendak bersalin seperti ayat kursi. Paling mudah ucapkan subhanallah berulang-ulang.

9. Cuba untuk buang air kecil dengan kerap kerana pundi kencing yang tidak penuh akan memudahkan kepala bayi keluar.

10. Gunakan teknik meneran yang disarankan doktor. Salah satunya seperti di bawah :

1. Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.
2. Angkat kepala, dagu cecah dada.
3. Mata pandang perut (digalakkan tutup mata)
4. Tangan pegang buku lali kaki
5. Masa teran jangan keluarkan suara.
6. Masa teran jangan angkat punggung.
7. Baca bismillah atau apa-apa doa yang terlintas difikiran.
8. Tarik nafas dalam-dalam, tutup mulut dan teran (bayangkan kita nak beri oksigen pada baby) .

Semoga kelahiran berjalan dengan lancar, tahap kesakitan dalam kawalan dan tempoh kesakitan tidak terlalu panjang.

SUMBER

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

7 thoughts on “Petua Dan Tips Untuk Mudah Bersalin”

  1. mohdzul says:

    baca

  2. aik, aku dgr org mengandung xleh minum kelapa muda.

    1. ain saja says:

      lpas bersalin xley minum air kelapa muda.. masa mengandung blh..

  3. Zuan says:

    kawan sy cakap kalau selalu berenang pun bagus juga..
    Zuan recently posted…7 Kelebihan Dan Faedah Menyimpan Di Dalam Tabung HajiMy Profile

  4. onlajer says:

    Saat nak bersalin dianjurkan si suami membaca doa iftitah pada segelas air dan diberi isteri minum InSha Allah nudah lah bersalih isteri yang disayangi
    onlajer recently posted…Rokok itu Haram Ke HalalMy Profile

  5. Atiqa anuar says:

    ni tip untuk mudah bersalin, tapi pengomen atas ni semua lelaki. hehe btw entry ni perempuan should baca 🙂 seriously~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge