Petua Dan Tanda-tanda Awal Kencing Manis

kencing-manis.jpg

Petua Dan Tanda-tanda Awal Kencing Manis – Penyakit kencing manis adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Ini terjadi kerana badan kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ bernama pancreas yang terletak dibawah perut.

Badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan tugas harian daripada makanan. Dalam perut, makanan berkanji dan bergula yang dipanggil makanan karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Glukos adalah punca utama yang memberi tenaga.

Tanda-Tanda Awal Kencing Manis

1. Kerap membuang air kecil
2. Berat badan yang menurun
3. Sentiasa merasa lapar
4. Sentiasa merasa haus dahaga
5. Letih yang tidak menentu
6. Pandangan semakin menjadi kabur
7. Mudah mendapat penyakit kulit
8. Merasa gatal-gatal pada kaki dan tangan
9. Merasa penat dan sakit kaki
10. Gatal-gatal pada perlipatan dan dua celah paha

Tanda-tanda yang SERIUS/TERUK bagi KENCING MANIS

1. sentiasa haus
2. hilang selera untuk makan
3. muntah-muntah
4. boleh menjadi pengsan dan tidak sedarkan diri
5. air kencing menjadi manis disukai oleh semut-semut

Langkah-langkah perlu DIAMBIL BERAT oleh pesakit-pesakit KENCING MANIS

1. menjaga kebersihan badan dengan sempurna dan teliti
2. sentiasa mengawasi makan dengan teliti, elakkan gula, tidak memakan makanan yang berkanji
3. menghilangkan perasaan bimbang dan risau terhadap penyakit yang dihadapinya
4. sentiasa besenam dan berehat secukupnya
5. jangan terlalu boros menggunakan tenaga
6. bila melakukan kerja-kerja yang berat setelah merasa penat segeralah berhenti janganlah diteruskan lagi

petai belalang

Petua Mengubati Kencing Manis

1. Ambil buah petai belalang yang telah tua dan kering di pokoknya, keluarkan isinya dan goreng tanpa minyak sehingga garing dan tumbukkanlah sehingga hancur, kemudian bubuh ke dalam air panas dan buat minuman seperti minum kopi, atau
2. Ambil 20 gram pokok kemunting cina bersama akar serta daun dan bunganya. rebus bersama 2 liter air sehingga tinggal anggaran separuh. minumlah 2 kali sehari, lakukan sehingga sembuh, atau
3. Minumlah air rebusan pokok belimbing tanah/bukit setiap hari, Insya’ Allah dalam masa 2 bulan akan pulih.
4. Cabut sebatang bunga matahari. Bersihkan dan potong kira-kira satu inci dari bahagian akarnya. Rebus sehingga airnya tinggal satu gelas sahaja. Tapis dan minum sekali seminggu.
5. Kisar beberapa helai daun mengkudu sehingga lumat. Rebus sehingga airnya tinggal kira-kira secawan. Minum tiga hari berturut-turut.

Meredakan Kencing Manis

1. Ambil kulit pokok petai dan masukkan ke dalam kelongsong ketupat yang kosong dan rebus di atas perapian. minumlah air tersebut 3 kali sehari, atau

2. Ambil 5 kulit buah jering (tanpa isi) dan goreng tanpa minyak, gorenglah sehingga garing. kemudiannya tumbuk sehingga halus. ambil 1 sudu teh debu kulit jering tersebut dan bancurlah dengan air serbuk kopi yang hendak diminum, minumlah air tersebut 2 kali sehari. Selamat Mencuba!

SUMBER

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

7 thoughts on “Petua Dan Tanda-tanda Awal Kencing Manis”

  1. Mawardiyunus says:

    penyakit yang kerat sana kerat sini .huuhu takut
    Mawardiyunus recently posted…CUCI BUAH PINGGANG DENGAN HANYA RM 1.00 | UBAT SAKIT BUAH PINGGANGMy Profile

  2. aku dari dulu paling takot penyakit ni.. kadang rasa ibu jari nak tercabut ja baca pasal penyakit kencing manis ni. err..
    Longoi Dot Com recently posted…Bangunan Cantik Berbentuk Kotak Balut Hadiah Di AustraliaMy Profile

  3. I am sure this paragraph has touched all the internet users, its
    really really fastidious paragraph on building up new web site.
    Dr Drum Review recently posted…Dr Drum ReviewMy Profile

  4. vcore says:

    tq for the info…..

  5. I used to be recommended this blog by means of my cousin. I am no longer certain whether or not this put up is written via him as no one else realize such certain approximately my problem. You are incredible! Thank you!

  6. nurulhuda says:

    Khasiat dan Kelebihan Air Cendawan Ajaib/mud-mud:

    * Sakit sendi dan tulang
    * Menyembuhkan sakit kepala termasuk migraine
    * Menyembuhkan kencing manis
    * Membantu menurunkan kadar kolesterol
    * Melancarkan pembuangan air besar
    * Menyembuhkan masalah penglihatan
    * Mencegah dan menyembuhkan batuk, bronchitis dan asma.
    * Menurunkan tekanan darah tinggi (hipertensi)
    * Mencegah jerawat dan penyakit kulit lainnya
    * Memperbaiki gangguan menstruasi dan menopause
    * Membersihkan racun dalam tubuh (detoksifikasi)dan sel kanser
    * Mengatasi masalah impotensi/ disfungsi ereksi
    * Mengurangi stress dan gangguan tidur (insomnia)
    * Menyuburkan rambut dan mengatasi masalah kerontokan /keguguran serta membantu masalah uban
    * Menambah tenaga termasuk tenaga seksual
    * Menjaga stamina tubuh dan menurunkan ketegangan saraf serta berbagai macam penyakit lainnya
    * Membuat tubuh senantiasa sihat dan awet muda
    * Memyembuhkan sakit lumpuh (stroke)
    * Dan berbagai jenis penyakit kronik.:
    Benih cendawan ini sangat mahal harganya sesuai dengan khasiatnya untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Benih ini menjadi rebutan diseluruh Nusantara, India, Asia Barat, Eropah kerana nilai kandungan perubatan yang terkandung dalam air cendawan ajaib ini. Ia dipanggil dengan pelbagai nama seperti Tea Combuchea Di Indonesia, Alga Mekah, Ibu Som Di Malaysia (Terengganu) dan pelbagai nama unik lain. Untuk tempahan hubungi 0126162159

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge