Petua Dan Adab Membaca Al-Quran

baca-al-quran1.gif

Petua Dan Adab Membaca Al-Quran | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca Fuh.My yang saya kasihi. Sebelum membaca kalamullah iaitu Al-Quran, kita perlu mengetahui Petua Dan Adab Membaca Al-Quran . Oleh itu, Luna nak kongsikan petua dan adab sebelum , semasa dan sepas membaca Al-Quran.

Ketika membaca al-Quran, seorang Muslim perlu memperhatikan adab berikut untuk mendapatkan kesempurnaan pahala dalam membacanya. Membaca Quran seharusnya sudah menjadi agenda harian kita. Dengan rutin membaca, maka kita akan dimudahkan melangkah ke tahap selanjutnya iaitu, berusaha mengerti dan memahami makna dari yang rutin kita baca tersebut.

baca novel boleh baca al-quran mesti boleh

 Kita jadikan aktiviti membaca Al-Quran menjadi sebagai rutin dan juga sebahagian dalam hidup kita, sebagaimana makan dan minum. Agar Al-Quran memberi kesan ke dalam hati kita,terdapat adab-adab yang perlu kita lakukan semasa membaca Al-Quran .

Berikut adalah 22 Adab Membaca Al-Quran :-

  1. Berniat ikhlas kerana Allah SWT.
  1. Menggosok gigi atau bersiwak sebelum membaca al-Quran.
  1. Membaca dalam keadaan berwuduk.
  1. Mengadap ke arah kiblat.
  1. Memulakan dengan at-Ta’awwuz.
  1. Membaca al-Quran dari Mushaf lebih utama dari membaca tanpa melihat. Walaupun begitu bagi yang ingin menghafaznya, diharuskan membaca dari hafazan tanpa melihat.
  1. Membaca dengan suara yang merdu dan kuat agar dapat dihayati oleh diri sendiri dan orang lain. Al-Imam al-Ghazali ada menyatakan, jika kita bimbang akan timbul riak iaitu ingin menunjuk-nunjuk, maka membaca secara perlahan itu lebih utama. Sebaliknya jika dapat menjaga daripada timbulnya penyakit berkenaan, maka digalakkan membaca dengan suara yang nyaring – Ihya’ Ulumiddin.
  1. Membaca dengan perhatian dan memahami ayat-ayat yang dibacakan.
  1. Membaca dengan tadabbur dan menangis. Antara adab-adab tadabbur itu ialah memperlahankan suara apabila sampai pada ayat yang menyentuh mengenai sifat Allah SWT menurut tafsiran orang kafir. Sebagai contoh orang Yahudi mengatakan Nabi Uzair anak Allah SWT seperti yang disebutkan Allah dalam surah at-Taubah ayat 30. Contoh yang lain ialah persepsi mereka bahawa Allah SWT tidak berkuasa mengurniakan rezeki kepada hamba-Nya seperti yang difirmankan dalam ayat 64 surah al-Maidah.
  1. Memuliakan al-Quran. Kita dilarang membaca al-Quran sambil ketawa ataupun sambil berbual melainkan mengenai sesuatu yang amat penting.

baca al-quran

  1. Membaca ayat dan surah mengikut susunannya dalam tertib al-Quran, yang dulu didahulukan dan kemudian dikemudiankan.
  1. Beramal dengan ajaran al-Quran itu.
  1. Sentiasa membaca al-Quran terutama pada waktu pagi kerana Nabi SAW mendoakan keberkatan waktu itu. Diriwayatkan dalam al-Mustadrak oleh al-Hakim dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca 10 ayat, maka dia tidak akan tergolong dari kalangan orang yang lalai.” – (2085, hadis sahih mengikut syarat Muslim)
  1. Berusaha menghafaz ayat al-Quran dan mengulang-ulang ayat itu supaya sentiasa mengingatinya.
  1. Meletakkan sasaran untuk mengkhatamkan al-Quran itu.
  1. Memanjatkan doa sebaik tamat membaca al-Quran kerana waktu itu adalah antara waktu mustajab doa.
  1. Dilarang membaca al-Quran di tempat yang tidak sewajarnya seperti di dalam tandas.
  1. Mengucup al-Quran kerana dikiaskan dengan mengucup Hajar al-Aswad kerana ia juga hadiah kepada Allah SWT.
  1. Mewangikan al-Quran sebagaimana meletakkan wangian pada Hajar al-Aswad.
  1. Meletakkan al-Quran di tempat yang tinggi.
  1. Berusaha untuk menghayati isi kandungan al-Quran hingga membawa ke peringkat menangis atau menitiskan air mata.
  1. Tidak memberi salam kepada seseorang yang sedang membaca al-Quran.

Nota Luna Nana : Marilah kita amalkan adab-adab tersebut ketika membaca Al-Quran.Semoga ia akan memberi manfaat dan kelapangan jiwa kepada kita. InsyaAllah.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

7 thoughts on “Petua Dan Adab Membaca Al-Quran”

  1. Berusaha untuk menghayati isi kandungan A-Quran sehingga menitiskan air mata tu yang payah… 🙁
    Aniqbukhary32 recently posted…Banyak-banyak tangga?My Profile

  2. 人の 小売 推進 Clubmaster レイバンのサングラスは 正確約 $120.00。 表示 多く 認識
    ミュージシャン愛 適用 サングラスの グレード。 、
    疎水性レンズ 撃退 水、油 汗 やほこり。
    http://www.elyseemontparnasse-paris-hotel.com recently posted…http://www.elyseemontparnasse-paris-hotel.comMy Profile

  3. Abdul Hafiz says:

    Alhamdulillah. Setelah mengkhatamkan Al-Quran, In Sya Allah akan menghafaznya.
    Abdul Hafiz recently posted…Sejarah, Maksud Ngap Sayot dan Awang MahyanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge