Petua Berjimat Yang Mudah

Petua-Berjimat-Yang-Mudah.jpg

Petua Berjimat Yang Mudah | Berjimat cermat bermaksud berhati-hati menggunakan wang atau tidak boros. Berjimat juga amalan yang mulia kerana dapat melatih kita supayatidak terlalu boros. Sebarang keinginan untuk membeli sesuatu dapatdibendung dengan mengamalkan sikap berjimat cermat.

1. Rancang Perbelanjaan – Semasa awal dapat gaji, asingkan duit anda untuk bayar rumah, kereta dan bil-bil terdahulu. Baki selebihnya baharulah anda rancang untuk perbelanjaan lain, menabung atau membeli-belahg. Jika anda ingin beli barang dapur, senaraikan barangan yang perlu dibeli. Ini untuk menggelakkan anda berbelanja lebih dengan barang yang tidak diperlukan.

2. Ukur Baju di Badan Sendiri – Berbelanjalah dengan bijak. Kalau anda baharu mula kerja, janganlah berbelanja seperti orang yang sudah lama bekerja dan bergaji besar. Sendiri juga yang susah nanti. Belanja jangan terlalu ikutkan nafsu dan jangan berniat untuk menunjuk-nunjuk.

3. Menabung – Menabung digalakkan untuk semua peringkat umur. Kalau anak-anak disuruh menabung tetapi ibu bapa sendiri tidak menabung bukan ke seperti ketam mengajar anak berjalan lurus? Menabung tidak semestinya anda kena simpan 100% gaji anda, 10 % atau 20% daripada gaji anda pun sudah memadai. Semuanya untuk masa akan datang yang anda sendiri tidak tahu apa akan berlaku kelak.

4. Elakkan Berhutang – Elakkan berhutang tidak kiralah sama ada dengan bank ataupun dengan orang, lagi-lagi hutang dengan Along. Jika anda sudah mula berhutung, sukar untuk anda keluar dari keselesaan yang sementara itu. Jadi, hidup dan belanja seadanya. Jangan disebabkan keselesaan yang sementara itu anda terduduk satu hari nanti.

5. Kawal Nafsu Makan – Zaman sekarang rata-rata orang habis duit hanya untuk makan. Boleh dikatakan 50% daripada gaji akan digunakan untuk makan sahaja. Untuk mengelakkannya daripada berlaku, kawal nafsu makan anda, bawa bekal ke tempat kerja dan kurangkan makan di luar. Apa salahnya kalau anda rasa masakan sendiri di rumah. Pasti lebih menjimatkan.

6. Kurangkan Penggunaan Kereta – Ini bermakna guna kereta bila betul-betul diperlukan seperti untuk ke tempat kerja, cuaca yang tidak mengizinkan dan juga perjalanan yang jauh. Seperti yang kita semua tahu, harga minyak semakin mahal, keadaan di jalan raya juga masih sesak dan itu salah satu punca minyak cepat habis macam minum air. Jadi, untuk perjalanan yang dekat dan tidak memerlukan anda membawa kereta, tidak perlulah anda bawa. Di situ pun anda sudah jimat. Gunakan kenderaan awam atau motosikal bagi jarak perjalanan yang singkat.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

5 thoughts on “Petua Berjimat Yang Mudah”

  1. petua yg bagus dikala musim kenaikan ini
    blogger lelaki recently posted…Senarai Kontest Menarik Oktober 2013My Profile

  2. idatimalek says:

    ahhhh…kawal nafsu makan ituuuuuu……..itulah yg paling2 susah
    idatimalek recently posted…Aku Menang ‘Give Fahmi Wings’ contest by RedbullMy Profile

  3. kucinghitam says:

    kawal nafsu makan tu yg susah sikit hehehe sbb kuat makan
    kucinghitam recently posted…SHILA AMZAH PERNAH KENA PUKUL KEKASIH?My Profile

  4. World WarZ says:

    No 5 dan No 6 tak berapa tepat..
    Tak ke habisnye duit gaji kerana makan makan sepanjang bulan dan bawa kereta.. Berapalah sangat pembelanjaan buat makan .
    Kalau sehari kita habiskan RM20 buat makan sebulan baru kurang lebih RM600. Juga kalau isi minyak kete sehari RM20 sebulan kurang lebih sama macam kita gunakan buat makan dan sebanyak itu juga kita boleh beri pada ibu buat belanja atau apa apa yang dia suka buat. Juga sebanyak itu juga kita bayar hutang dan sebahagiannye kita beli serba sedikit keperluan yang lain lain dan ketepikan sedikit buat kita berhibur dan selebihnye baru kita saving kat bank.
    Yang penting kita jangan boros dan membazir tanpa sebab ..

  5. baby comel says:

    Duit saya bulan2 byk abis dekat makan je. Suka sgt fikir utk makan, tapi masalahnya tak naik2 berat jugak. Ekceli tang bab berjimat, saya mmg failed
    baby comel recently posted…Cara Kekalkan Air Kolam Ikan BersihMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge