Peti Sejuk Berusia 56 Tahun Masih Berfungsi

Peti-Sejuk-Berusia-56-Tahun-Masih-Berfungsi.jpg

Peti Sejuk Berusia 56 Tahun Masih Berfungsi | LONDON – Sebuah peti sejuk dipercayai yang tertua di Britain masih berfungsi dengan baik selepas 56 tahun dibeli.

Pemiliknya, Edmund Garrod menggunakan peti sejuk model DE.30 buatan syarikat General Electric itu setiap hari sejak ia dihantar ke rumahnya ketika dia masih kanak-kanak pada 26 Jun 1954.

Peti Sejuk Berusia 56 Tahun Masih Berfungsi

Peti sejuk setinggi paras pinggang berwarna krim itu berharga £69 (RM343.70) bersamaan sekitar £1,415 (RM7,049) pada harga sekarang.

Ia dibeli ibu bapa lelaki tersebut untuk menyimpan susu mereka yang mudah menjadi masam.

“Saya menganggap peralatan elektrik pada masa itu (tahun 1950-an) dibuat dengan amat baik dan ia tahan lama,” katanya. Dia menukarkan peti sejuk lama itu dengan sebuah peti sejuk moden dan canggih setelah memenangi satu pertandingan bagi mencari peti sejuk tertua di Britain.

SUMBER

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

4 thoughts on “Peti Sejuk Berusia 56 Tahun Masih Berfungsi”

  1. mselim3 says:

    Assalammualaikum…dr,fuh,

    wahh… payah nak cari peti sejuk setahan peti sejuk nie..

    mselim3
    mselim3 recently posted…Doa Akhir Tahun dan Doa Akhir TahunMy Profile

  2. kucinghitam says:

    bagus la memang barang dulu tahan lagi dari barang skrg yg konon nya cangih tapi hampeh

  3. Abdul Hafiz says:

    Kalau Malaysia buat peti ais macam ni kan bagus. Tahan lama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge