Pesta Makanan Senawang 2014

Pesta Makanan Senawang 2014. telah di rasmikan oleh Encik Baharudin Bin Jali, Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan. Sambutan yang amat meriah.

Pesta Makanan Senawang 2014 | 31 january lepas admin telah berkesempatan untuk mengikuti aktiviti di Pesta Makanan Senawang 2014 yang telah dianjurkan di Dataran Tempat Letak Kereta KIP MART, Senawang Seremban. Pesta Makanan Senawang 2014 ini dianjurkan oleh My Media Event & Management dengan kerjasama Kementerian Kesenian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, KIP MART, Tourism Malaysia dan Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan.

Pesta Makanan Senawang 2014

Pesta Makanan Senawang 2014 ini telah di rasmikan oleh Encik Baharudin Bin Jali, Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan. Sambutan yang amat meriah oleh penduduk penduduk senawang yang tidak putus putus.

Di Senawang Food Festival, terdapat banyak gerai gerai yang dibuka untuk menunjukkan masakan ataupun jualan yang dari tempat lain. Ada juga yang sanggup datang dari jauh hanya untuk berkongsi pengalaman mereka tentang masakan. Antara Gerai gerai yang dibuka di Dataran Tempat Letak Kereta, KIP MART, Senawang.

DSC02919

Karnival ini di meriahkan lagi dengan pameran jualan, minuman kesihatan, barangan kraftangan, dan banyak lagi pameran jualan  ini di buka oleh peniaga-peniaga tempatan khususnya dari Persatuan Peniaga Makanan Halal, karnival yang di anjurkan oleh MY MEDIA MANAGEMENT ini sebenarnya bertujuan mengenalkan dan mempromosi jenama IKS dan Halal Food kepada umum.

Di samping itu, terdapat juga aktiviti yang dijalankan bagi memeriahkan lagi suasana. Antaranya ialah aktiviti mewarna bagi kanak kanak yang berumur 5 – 6 tahun. Tidak dilupakan juga kepada masyarakat cina, majlis dimeriahkan lagi dengan adanya tarian naga.

DSC02931 DSC03015

Aktiviti pada waktu malam juga tidak kurang meriahnya, Mymedia telah menjemput barisan artis JOEY BPR , AFEE UTOPIA , DUAN OLAN, dan Nizam Laksamana, semuanta lagenda lagenda rock Malaysia yang telah menaikkan nama Malaysia pada suatu masa dulu.

DSC03281 DSC03270

DSC03299

Apa apa pun Pesta Makanan Senawang 2014 adalah yang terbaik bagi admin kerana kita dapat mengenal pelbagai jenis makanan dan boleh mengeratkan sillaturahim antara penduduk di Senawang. Terima kasih tidak terhingga kepada My Media Event & Management dengan kerjasama Kementerian Kesenian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, KIP MART, Tourism Malaysia dan Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan kerana telah memberi admin kesempatan untuk mengikuti aktiviti ini, semoga aktiviti boleh dijadikan aktiviti tahunan untuk mengeratkan sillaturahim antara penduduk setempat.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments