Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2014

Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2014. Tempat Menarik Ambil Gambar Di Putrajaya, Hot Air Ballon Putrajaya. Hot Air Ballon 2014. Belon Udara Panas 2014.

Kepada peminat Belon Udara Panas atau dikenali sebagai Hot Air Balloon, anda semua wajib pergi tahun ini untuk menyaksikan Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2014.

Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2014 | FIESTA Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya ke-6 bakal kembali di Presint 2, Putrajaya menjelang Mac depan. Acara kekeluargaan yang menyeronokkan itu akan mengisi kalendar tarikan Putrajaya selama empat hari bermula 27 hingga 30 Mac tahun ini.

Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2014

Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2014. FIESTA Belon Udara Panas Antarabangsa, Hot Air Balloon Putrajaya. Hot Air Balloon 2014. Belon Udara Panas 2014.

Menerusi fiesta kali ini, enam belon udara panas berwarna-warni dengan bentuk istimewa akan menjadi tarikan utama. Antaranya ialah Buzzy, belon raksasa hijau dan pasangan lebah (Bees) dari Amerika Syarikat, belon berbentuk kon ais krim dari Belgium dan belon bentuk hati yang didatangkan dari Taiwan.

Tidak ketinggalan, belon paling digemari tahun lalu dari Belgium yang menampilkan karakter daripada rantaian filem sains fiksyen popular, Star Wars iaitu Darth Vader.

Seperti tahun yang sebelumnya, fiesta tahun ini juga akan melibatkan pertandingan persahabatan antara pengemudi belon udara panas yang dipanggil Trofi Rudy. Di negara luar, perlawanan itu digelar Hare & Hound.

Pengumuman fiesta itu diadakan bersempena dengan majlis pelancaran Kalendar Acara 2014 oleh Perbadanan Putrajaya. Fiesta belon udara panas adalah salah satu daripada 88 acara yang akan berlangsung di Putrajaya sepanjang tahun ini.

“Kami amat berbesar hati kerana diberi peluang sekali lagi mengadakan fiesta ini dan secara tidak langsung meletakkan Putrajaya dalam peta antarabangsa sebagai destinasi wajib dikunjungi bagi acara belon udara panas.

“Kami percaya acara tempatan seperti ini mampu meningkatkan prestij negara di mata pelancong asing khususnya di rantau Asia Tenggara,” jelas Pengerusi fiesta tersebut, Mohammad Sobri Saad.

Kemasukan ke fiesta itu adalah percuma dan pengunjung dinasihatkan untuk menggunakan KLIA Transit ke Putrajaya. Orang awam yang menaiki pengangkutan awam ini akan menikmati diskaun sehingga 35 peratus bagi tiket pergi balik sepanjang empat hari fiesta tersebut.

Dari stesen Putrajaya, orang awam boleh menaiki bas Nadi Putra yang akan membawa penumpang terus ke tapak fiesta.

Mereka yang menggunakan khidmat MyTeksi pula akan menikmati promosi diskaun tambang sebanyak RM15 apabila menempah teksi ke lokasi fiesta tersebut menerusi aplikasi telefon pintar MyTeksi.

Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web www.myballoonfiesta.com.

Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments