Pesawat TUDM Terhempas Di Butterworth

image-1.jpg

 

Pesawat TUDM Terhempas Di Butterworth . Sebuah pesawat Beechcraft B200T milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di dalam kawasan Pangkalan Udara Butterworth pada jam 5.18 petang.

KUALA LUMPUR – Tiga lagi pesawat Beechcraft B-200T milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berpangkalan di Subang, tidak dibenarkan beroperasi buat sementara waktu susulan nahas di Pangkalan Udara Butterworth semalam.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata operasi  pesawat itu digantung sementara untuk membantu siasatan punca nahas di peringkat awal.

Pesawat TUDM Terhempas Di Butterworth

“Sekarang ini saya arahkan semua (tiga pesawat) ‘grounded’ (hentikan operasi). Masih terlalu awal untuk kami dapat maklumat lengkap punca nahas.

“Saya telah arah Panglima Tentera Udara untuk kenal pasti punca Pesawat TUDM Terhempas Di Butterworth dan laksana pelan tindakan berkesan elak kejadian sama berulang,” beliau memberitahu pemberita selepas merasmikan bangunan Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MiDAS) di Wisma Pertahanan di sini, hari ini.

Katanya TUDM telah menggunakan pesawat buatan Amerika Syarikat itu sejak 1994 untuk rondaan maritim selain operasi mencari dan menyelamat.

Juruterbang Mejar C. Kayamboo, 44, terbunuh manakala Kapten Wai Lik, 26,  Lt Hamid Hanafi, 26, dan Sarjan Udara Mohd Sofi Azizan, 29, cedera apabila pesawat Beechcraft B-200T itu terhempas di Pangkalan Udara Butterworth semalam.

Hishammuddin berkata Kementerian Pertahanan sentiasa komited memastikan aset-aset pertahanan negara sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan tidak akan berkompromi dengan soal keselamatan anggota agar usaha memelihara keselamatan negara tidak terjejas.

Hishammuddin mengalu-alukan kenyataan Panglima TUDM baharu, Jen Datuk Seri Affendi Buang, yang agenda utamanya adalah ‘untuk memastikan dan melihat keselamatan anggota TUDM’.

“Saya akan berikan sokongan yang padu,” kata menteri itu. – SH

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.

WanR

Latest posts by WanR (see all)

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge