Pesawat MAS MH17 Terhempas Ditembak Di Ruang Udara Ukraine

Pesawat MAS MH17 Terhempas Ditembak Di Ruang Udara Ukraine. Pesawat MH17 Yang Terhempas Ditembak Di Ruang Udara Ukraine Sempadan Russia Kawasan Pertempuran

Pesawat MAS MH17 Terhempas Ditembak Di Ruang Udara Ukraine

Innalillah. Belum sempat reda kes kehilangan misteri MH370, tiba-tiba timbul satu lagi sejarah hitam penerbangan Malaysia apabila pesawat Boeing 777 MAS MH17 terhempas ditembak di ruang udara Ukraine.

Sebuah pesawat dari Malaysia dilaporkan terhempas di Ukraine dekat sempadan Rusia, lapor agensi berita lewat malam ini. Malaysia Airlines mengesahkan pasukannya terputus hubungan dengan pesawat MH17.

“Kedudukan terakhir adalah di ruang udara Ukraine,” kenyataan MAS di Twitter dipetik.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata dakwaan bahawa pesawat itu ditembak jatuh masih belum disahkan.

LIHAT JUGA : 16 Gambar Pesawat MH17 Yang Ditembak Jatuh Di Ruang Udara Ukraine Sempadan Russia. Siapa Yang Tembak?

“Tiada pengesahan bawah ia ditembak jatuh. Tentera kita sudah diarahkan untuk menanganinya,” katanya di Twitter.

Pesawat MAS MH17 Terhempas Ditembak Di Ruang Udara Ukraine. Pesawat MH17 Yang Terhempas Ditembak Di Ruang Udara Ukraine Sempadan Russia Kawasan Pertempuran

Sementara itu, laporan Reuters yang memetik laporan agensi berita Interfax menyebut, pesawat itu membawa 295 penumpang dan anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Menurut Reuters yang memetik kenyataan sumber penerbangan di Moscow menyebut, pesawat itu ditemui terbakar di permukaan tanah di timur Ukraine.

Laporan Interfax itu memetik sumber industri penerbangan, yang masih belum dapat disahkan buat masa ini.

Sementara itu, laporan Al-Jazeera menyebut, Malaysia Airlines mengesahkan kejadian itu dan dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan tidak lama lagi.

Menurut Al-Jazeera, pesawat terlibat dipercayai pesawat Boeing 777 dengan nombor penerbangan MH17, yang berlepas dari Amsterdam pada jam 2.14 pagi waktu tempatan.

Ia dijangka tiba di Kuala Lumpur pada kira-kira jam 6 pagi.

Pesawat MAS MH17 Terhempas Ditembak Di Ruang Udara Ukraine Sempadan Russia Adalah Kawasan Pertempuran

Laporan itu juga menyebut, ia mungkin terhempas di kawasan yang menyaksikan pertempuran sengit antara Rusia dan Ukraine.

Menurut Interfax, pesawat itu terhempas hanya 50 km selepas memasuki ruang udara Rusia.

Laporan yang memetik sumber keselamatan Ukraine yang tidak dinamakan itu menyebut, pesawat itu hilang dari radar ketika berada di ketinggian 10,000 meter.

Ia disyaki terhempas dekat bandar Shakhtyorsk

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments