Pesawat China Temui 3 Objek Baru Dalam Misi Mencari MH370

Pesawat China Temui 3 Objek Baru Dalam Misi Mencari MH370

Pesawat China Temui 3 Objek Baru Dalam Misi Mencari MH370 | Pesawat penerbangan ketenteraan China yang mencari pesawat MH370 hari ini (29/03/2014) telah menemui objek yang berwarna merah, putih dan jingga terapung di atas permukaan Lautan Hindi Selatan, ketika Meneteri Pertahanan Malaysia memberitahu keluarga mangsa bahawa ‘keajaiban boleh berlaku’.

Koordinasi operasi mencari telah diubah kepada 680 batu utara – ia diubah setelah radar baru dari analisis data yang menunjukkan bahawa pesawat tersebut terbang lebih laju dari yang disangkakan sebelum ini dan mungkin telah menggunakan lebih banyak bahan api, yang mungkin telah mengurangkan jarak laluan penerbangannya. Kapal tentera laut China, Jinggangshan, yang memuatkan dua buah helikopter, sampai ke tempat carian baru tersebut awal harini di mana ia memfokus terhadap pencarian permukaan pesawat, tumpahan minyak dan jaket keselamatan.

Pesawat China Temui 3 Objek Baru Dalam Misi Mencari MH370

Pesawat Ilyushin IL-76 dari China terbang ke kawasan carian baru tersebut dan mendapati terdapat objek yang terapung harini sekitar 1,150 batu dari barat Perth, menurut agensi berita rasmi, Xinhua. Penemuan itu berikutan laporan yang diterima tentang ‘beberapa objek pelbagai warna’ yang diterima daripada kru penerbangan antarabangsa semalam, menurut Australian Maritime Safety Authority (AMSA). Ada yang kelihatan seperti bot pancing tetapi tiada apa yang dapat dipastikan sehinggalah ianya dikutip oleh kapal, tambahnya lagi.

Satelit data yang baru dianalisis telah dipindahkan ke zon mencari yang baru pada Jumaat yang lalu, meningkatkan harapan para pencari yang mungkin semakin dekat bagi mendapatkan bukti fizikal yang menunjukkan bahawa pesawat tersebut telah terjatuh ke dalam Lautan Hindi bersama 239 penumpangnya. Ia juga dapat mengecilkan lagi kawasan carian sisa pesawat dan kotak hitam, yang mungkin mengandungi klu berhubung apa yang menyebabkan pesawat tersebut yang sepatutnya ke Beijing dari Kuala Lumpur tersasar begitu jauh dari laluan sebenarnya.

Pesawat China Temui 3 Objek Baru Dalam Misi Mencari MH370

Pasukan tentera laut U.S. telahpun menghantar alatan yang dapat mengesan kotak hitam, dan Perdana Menteri Australia, Tony Abbott memberitahu wartawan di Sydney bahawa alatan tersebut akan dimuatkan ke dalam kapal angkatan laut Australia tidak lama lagi.

Zon sasaran yang baru ini adalah 700 batu utara timur dari tempat yang telah dilalui oleh anggota penyelamat selama beberapa minggu sebelum ini. Ia juga jauh lebih dekat dari kawasan carian sebelum ini, dengan masa penerbangan selama 2 jam sehala, membolehkan 5 jam masa mencari dilakukan, menurut AMSA.

Abbott berkata kerja-kerja mencari lokasi tinggalan pesawat masih sulit. ‘Kita seharusnya tidak meremehkan kesulitan kerja mencari ini – ia semamangnya kawasan yang sangat sangat terpecil.’ Kawasan tersebut berkeluasan sekitar 123,000 batu persegi, secara kasarnya bersamaan dengan saiz negara Poland. Dalam kebanyakkan tempat, kedalamannya mencecah lebih kurang 6,650 kaki sehingga ke 12,120 kaki.

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments