Pesawat Airlines Virgin Dirampas Ketika Penerbangan Ke Bali

Pesawat Airlines Virgin Dirampas Ketika Penerbangan Ke Bali

Pesawat Airlines Virgin Dirampas Ketika Penerbangan Ke Bali | Seorang penumpang pesawat Virgin Airlines yang berlepas dari Brisbane menuju ke Bali dipercayai telah ‘dirampas’ di lapangan terbang Bali hari ini, 25 April 2014.

Jurucakap Tentera Udara Indonesia, Hadi Tjahjanto mengesahkannya hari ini menerusi stesyen televisyen MetroTV. Katanya, ” Kami telah menerima informasi bahawa 737-800 dari Brisbane ke Bali telah dirampas,”. Kenyataan itu juga telah disahkan oleh jurucakap tentera Indonesia, Major General Fuad Basya.

Suspek telah berusaha untuk memasuki kokpit pesawat dan cuba untuk mengambil alih. Namun suspek yang cuba merampas pesawat itu gagal dan berjaya ditangkap oleh pihak berkuasa. Walaupun cubaan ini gagal namun juruterbang pesawat telah mengklasifikasikannya sebagai satu ‘rampasan’.

Menurut satu sumber lain lagi, penumpang itu cuba memasuki kokpit dan kemudiannya memaksa juruterbang untuk memasukkan kod khas rampasan dan meminta juruterbang untuk mendarat dengan segera.

Dalam satu kenyataan dari pegawai syarikat Virgin Airlines pula menyatakan bahawa penumpang yang cuba masuk kek kokpit itu sedang mabuk dan tiada rampasan yang berlaku. Pesawat Virgin Airlines itu kini sedang berada di lapangan terbang Denpasar, Bali.

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments