Pesara TUDM Yang Maut Ditembak Disyaki Ketua Kongsi Gelap

Pesara TUDM Yang Maut Ditembak Disyaki Ketua Kongsi Gelap

Pesara TUDM Yang Maut Ditembak Disyaki Ketua Kongsi Gelap | IPOH – Pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang mati ditembak dalam satu kejadian di Taman Rishah di sini, kelmarin dikenal pasti sebagai ketua kumpulan kongsi gelap, Geng 36 di Batu Gajah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, hasil siasatan mendapati mangsa, S Jambu Keshan, 39, ditembak mati oleh anggota kumpulan kongsi gelap lain berkaitan dengan aktiviti dadah.

“Kami juga percaya kejadian itu berkaitan dengan persaingan sengit antara Geng 36, Geng 04 dan Geng 08 kerana berebut kawasan untuk mengedar dadah,” katanya ketika ditemui pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Perak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri di sini, semalam.

Dalam kejadian Ahad lepas, Jambu Keshan ditembak mati oleh penjenayah bertopeng berhampiran restoran bapanya di Taman Rishah kira-kira jam 7.15 pagi.

Mangsa kemudian disahkan mati di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selepas dibawa ahli keluarganya untuk mendapatkan rawatan.

Mohd Dzuraidi berkata, polis telah mengambil keterangan daripada dua saksi kejadian bagi membantu siasatan dan percaya terdapat lebih daripada dua suspek terlibat dalam kejadian itu.

Menurutnya, polis percaya akan dapat memberkas suspek dalam kes tembak itu berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kedai berhampiran lokasi kejadian.

Katanya, polis akan meneruskan Ops Cantas untuk mencari dan menangkap lebih ramai suspek yang berkaitan dengan kegiatan kongsi gelap dan dadah.

“Hasil siasatan mendapati mangsa tidak mempunyai rekod jenayah dan polis akan meneruskan Ops Cantas untuk mengesan mereka yang terlibat,” katanya.

sumber

The following two tabs change content below.

Comments

comments