Persediaan Penting Kepada Yang Ingin Kahwin Muda

kahwin-muda+fuhdotmy.jpg

Persediaan Penting Kepada Yang Ingin Kahwin Muda | Perkahwinan bukanlah suatu perkara yang mudah seperti yang kita jangkakan. Tambahan pula berkahwin di usia muda pada zaman serba moden ini. Perbagai persepsi dan tanggapan sering diberikan kepada pasangan yang berkahwin pada usia muda. Namun itu bukanlah alasan untuk menghalang seseorang itu untuk berkahwin pada usia muda. Disini Dr Fuh nak kongsikan persediaan penting kepada yang ingin kahwin muda. Semoga perkongsian ini memberi manfaat terutamanya kepada yang berhajat hendak berkahwin pada usia muda. In Shaa Allah

Persediaan Penting Kepada Yang Ingin Kahwin Muda

Persediaan Penting Kepada Yang Ingin Kahwin Muda. Dr Fuh doakan semoga anda dan pasangan anda diberkati dan bahagia hingga ke Jannah. In Shaa Allah.

Persediaan Fizikal & Mental

Ia seperti kita mahu mendaki gunung. Persediaan fizikal dan mental amat dititikberatkan. Jika kita bersedia dalam keadaan fizikal sahaja, tetapi tidak mental. Bagaimana kita mahu bijak mengawal emosi kita? Itu cabaran sebenarnya. Perbanyakkan bermuhasabah diri dan elakkan daripada kita selalu berhadapan dengan masalah tekanan perasaan.

Tonjolkan Kematangan

Mengapa kita perlu tonjolkan kematangan? Ya, jika mahu berkahwin, sila hindarkan sifat kebudak-budakkan. Ia secara tidak langsung akan mencacatkan penampilan anda sebagai lelaki mahupun wanita yang tidak matang. Jika matang, ia akan menunjukkan bahawa kita bersedia untuk memimpin dan dipimpin dalam keluarga. Bayangkan jika kita tidak matang, bagaimana kita mahu membuat keputusan apabila sudah berkeluarga? Perlu usaha sendiri.

Jaga Hubungan Dengan Allah

Ini yang paling penting sekali. Kita perlu menjaga hubungan dengan Allah. Lihat bagaimana ibadah kita kepada-Nya. Ingat, seorang suami wajib mendidik isteri dan anak-anaknya dengan didikan agama. Adakah sebagai seorang suami kita tidak berasa malu apabila melihat isteri atau anak-anak keluar tanpa menutup aurat dengan sempurna? Mahukah seorang lelaki itu digelar sebagai dayus? Inilah pentingnya kita menjaga hubungan dengan Allah SWT.

Wujudkan Sumber Kewangan

Biarpun kita telah memilih untuk berkahwin awal. Syarat pada zaman sekarang, kewangan juga memainkan peranan utama. Belajar untuk mencari pendapatan sampingan. Walaupun ia kecil, sekurang-kuranya ia mampu mengurangkan beban pasangan kelak. Tidaklah kita selalu menyusahkan keluarga kerana pilihan ini. Sekurang-kurangnya kita mencuba. Hasil duit tersebut boleh digunakan untuk menyara pasangan keluarga. Ia penting bagi menyakinkan keluarga bahawa kita mampu hidup berdikari.

Matlamat Untuk Berkahwin

Kita harus bertanyakan pada diri kita. Mengapakah kita memilih mahu berkahwin awal. Mungkin rata-rata daripada orang disekeliling akan mengatakan kita memilih berkahwin awal adalah semata-mata kerana nafsu. Buktikan pada mereka bahawa kita berkahwin adalah atas dasar mahu memenuhi sebahagian tuntutan dalam Islam. Tidak ada mana-mana dalil yang menghalang untuk seseorang itu berkahwin awal apabila sudah akil baligh.

Sumber Asal

Dr Fuh doakan semoga anda dan pasangan anda diberkati dan bahagia hingga ke Jannah. In Shaa Allah.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

4 thoughts on “Persediaan Penting Kepada Yang Ingin Kahwin Muda”

  1. Bagi yang nak berkahwin tua atau muda ni akak pun nak bg tips.. elakkan buat benda ni. Tapi rasanya ramai yg tahu cuma tak mahu ikut je kan..
    Bersanding – Yang salahnya itu apabila pengantin perempuan dedah aurat, pakaian ketat, tabarruj dalam solekan dan perhiasan, bermegah-megah, dan sanggup tinggal solat kerana sayang pada makeup takut hilang bila wuduk padahal tinggal solat 1 waktu akan diseksa 6000 tahun dalam api Neraka. Kalau dah nak bersanding sangat, biarlah serba sederhana dan disaksikan oleh golongan wanita dan ahli keluarga sahaja dan jangan sampai melanggar batas syarak.
    Sirih junjung ini adalah adat agama hindu, tidak dibenarkan kecuali pengantin memang jenis makan sirih.
    * Tabur beras kunyit ini juga asalnya adat orang hindu dan ianya adalah membazir kecuali pengantin itu adalah pengantin ayam.
    Adat batal air sembahyang – Tahun 80an cium tangan, 90an cium pipi, tapi dah ada sekarang yang cium mulut terus depan tok imam dah jadi macam orang kristian. Jangan jadi melampau-lampau macam ni. Cara mudah nak batal air sembahyang ialah kentut saja depan tok imam. Batal jugak air sembahyang. Kikikiki…
    Pakai baju gaun labuh ada 2 orang budak pegang di belakang, dan ada juga yang lempar bunga untuk orang ramai sambut – Ini dah ikut adat orang kristian.
    Jadi, jangan kita berlebih-lebihan dalam majlis perkahwinan. Tinggallah adat-adat yang bid’ah dan kembali kepada sunnah.
    Biarpun sumber ni dari FB.. tapi ada relate dengan topik ni maka akak share la agar kita sama2 ambil iktibar
    lekatlekitgurl recently posted…GAMBAR ANAK WAWA ZAINAL & ARIEL ZAFRELMy Profile

  2. Ammar says:

    Bagus sebenarnya kahwin muda ni tapi masalah kewangan selalu jadi penghalang untuk kahwin muda ni.
    Ammar recently posted…Kisah Misteri Pulau Hashima (Menarik!)My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge