Perkara Yang Emak Selalu Berbohong Untuk Anaknya

Perkara-Yang-Emak-Selalu-Berbohong-Untuk-Anaknya.jpg

Perkara Yang Emak Selalu Berbohong Untuk Anaknya | Seorang Emak sering berbohong utk kebaikan anak-anaknya. Namun adakah ini dianggap bohong? Renung-renungkan..

1. Ketika makan, jika makanan kurang, Emak akan memberikan makanan tersebut kepada anaknya dan berkata, ” Makan la dulu, emak tak lapar lagi.”

2. Masa makan, Emak selalu menyisihkan ikan dan daging untuk anaknya dan berkata, ” Emak tak suka makan daging, makan la … “

3. Tengah malam masa emak menjaga anaknya yg tengah sakit, Ia akan berkata,
” Tidur la dulu Emak tak mengantuk lagi …. “

4. Ketika anak dah habis belajar, anak dah pun bekerja lalu mengirimkan duit untuk emak. Emak akan berkata, “Simpan la duit tu baik-baik nak, nnti bila Emak perlu duit emak bagi tau …”

5. Ketika anak dah berjaya, lalu mengajak emaknya duduk sekali, Emak pun masih menjawab, “Rumah tua kita ni elok lagi, Emak tak biasa lagi duduk sana.”

Sampai usia tua, Emak sakit teruk, anaknya akan menangis, tapi Emak boleh lagi tersenyum sambil berkata, “Jangan menangis, Emak baik-baik ja.” Ini adalah kebohongan terakhir yg dibuat oleh Emak.

Macam ini la emak-emak kata, besar mana pun kita, kaya mana pun kita, hebat manapun kita, emak kata menganggap kita anak kecilnya, anak yang memerlukan kasih sayang dan perhatian darinya, emak juga tak nak susahkan kita sampai detik akhir kehidupnnya.

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

7 thoughts on “Perkara Yang Emak Selalu Berbohong Untuk Anaknya”

  1. cik Ain says:

    setiap ibu merasakan nya…. 😉

  2. vcore says:

    sebak pulak membaca nih

  3. nano says:

    rindu kt ibu…huhuhu

    1. Saya lg la sedih berjauhan dengan mak dengan dipisahkan laut china selatan.. Hwawa 🙁
      Aniqbukhary32 recently posted…Maksud ‘berhijab’ yang cukup menyentuh dari Oki Setiana DewiMy Profile

  4. Setitik peluh ibu yg jatuh menjaga anaknya xkan terbayar dengan apa sekalipun.. Sayang mak 🙁
    Aniqbukhary32 recently posted…Maksud ‘berhijab’ yang cukup menyentuh dari Oki Setiana DewiMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge