Perkampungan Vang Vieng Dianggap Syurga Dunia Oleh Pelancong

Perkampungan Vang Vieng Dianggap Syurga Dunia Oleh Pelancong

Perkampungan Vang Vieng Dianggap Syurga Dunia Oleh Pelancong | Di Laos terdapat sebuah perkampungan kecil yang ramai dikunjungi pelancong , iaitu kampung Vang Vieng . Kampung ini dikenali sebagai syurga para backpacker .

Perkampungan Vang Vieng Dianggap Syurga Dunia Oleh Pelancong2

Perkampungan Vang Vieng di Laos awalnya merupakan sebuah kapung pelancongan yang mempunyai pemandangan indah dan suasana tenang . Kampung ini terletak di Wilayah Vientiane ,kira-kira empat jam perjalanan dari Ibu Kota Laos , Vientiane . Sejak dulu , kampung ini memang telah menjadi pusat para pengembara dari Eropah dan Australia .

Perkampungan Vang Vieng Dianggap Syurga Dunia Oleh Pelancong3

Dulu , setiap minggu pasti ada saja pembangunan guest house baru di Vang Vieng . Sehingga kampung ini dipenuhi bar , kafe , serta penginapan yang setiap harinya memainkan muzik . Daya tarik Vang Vieng kini adalah bir dan narkotik , yang boleh didapatkan dengan harga sangat murah di hampir semua bar dan kafe yang ada di kampung ini .

Perkampungan Vang Vieng Dianggap Syurga Dunia Oleh Pelancong4

Tarikan utama di kampung ini adalah berenang di Sungai Nam Song menggunakan pelampung besar ( tiub ) , dan menurut tempat sewa pelampung tersebut , setiap harinya ada lebih dari 500 pelampung yang disewa . setiap harinya jalanan di kampung ini dipenuhi para pelancong yang mabuk dan berpakaian tidaksenonoh serta berpesta semalaman suntuk .

Perkampungan Vang Vieng Dianggap Syurga Dunia Oleh Pelancong5

Perkampungan Vang Vieng Dianggap Syurga Dunia Oleh Pelancong6

Backpacker ini menghabiskan sekurang – kurangnya dua minggu hingga sebulan di perkampungan Vang Vieng . Mereka bahkan bekerja di bar dan kafe untuk mendapatkan penginapan serta minuman percuma . Malangnya , sejak aktiviti tubing dilarang kerajaan kerana berbahaya , Vang Vieng menjadi semakin sepi dari backpacker asing.

sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments