Perkaitan Alzheimer Dan Demensia Dengan Kolesterol

pesakit dementia

Perkaitan Alzheimer dan Demensia Dengan Kolesterol | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Alhamdulillah, sudah masuk tahun 2014 dan kita masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi Allah ini. Harus diingat, dengan masuknya tahun baru, maka meningkatlah usia kita dan semakin dekatlah kita dengan yang namanya kematian. Moga segalanya baik untuk kita dunia akhirat. Amiin.

Bercerita tentang tua, perkara paling menakutkan adalah penyakit yang datang bersama-samanya. Antara yang terkenal dan paling menakutkan adalah penyakit Alzheimer, yang lebih dikenali dengan penyakit nyanyuk. Teacher Muja rasa penyakit ni tidak terhad untuk orang tua semata dah pada zaman sekarang. Asyik lupa je telefon letak kat mana. Pfft.

Saintis mendapati bahawa ‘kolesterol jahat’ di dalam darah mungkin menyumbang kepada pembinaan protein berbahaya yang tersimpan di dalam otak iaitu plak beta amyloid.

pesakit dementia

Demensia: Kajian boleh menerangkan perkaitan antara pertambahan kolesterol dan Alzheimer.

Seseorang dengan kolesterol tinggi diberi amaran supaya meningkatkan kesihatan mereka secepatnya. Jika tidak, mereka akan berdepan dengan risiko mendapat demensia yang lebih tinggi. Jika benar, hal ini akan dapat menerangkan perhubungan antara kadar kolesterol yang tinggi dengan alzheimer.

Ketua kajian Prof Bruce Reed dari Universiti California di Davis berkata,”Patern kolesterol yang tidak sihat boleh menyebabkan tahap amyloid yang tinggi secara terus, yang diketahui penyumbang kepada Alzheimer, dengan cara yang sama patern itu menyebabkan penyakit jantung.

“Kajian ini menyatakan satu alasan untuk meneruskan rawatan kolesterol bagi mereka yang mengalami kehilangan memori, tidak kiralah kebimbangan mengenai kesihatan kardiovaskular mereka.”

“Jika mengubah paras kolesterol dalam otak awal dalam hidup membolehkan untuk mengurangkan penyimpanan amyloid pada lewat usia, kita berpotensi untuk membuat perubahan yang signifikan dalam mengurangkan kelaziman Alzheimer, satu target yang ditetapkan dalam banyak kajian dan usaha pembangunan ubat”

Dr Laura Phipps dari Kajian Alzheimer United Kingdom memberitahu yang cara terbaik untuk mengekalkan kesihatan otak adalah dengan mengamalkan diet yang seimbang, mempunyai berat yang sihat, latihan kerap dan jauhi diri daripada aktiviti merokok.

Beliau menambah lagi,”Kajian ini menemui perhubungan antara kolesterol yang tinggi dan tahap amyloid dalam otak yang menjadi penunjuk awal kepada Alzheimer. Semasa kajian ini tidak menyiasat mekanisme di belakan perkaitan ini, penemuan ini menambahkan kepada bukti sedia ada yang kolesterol memainkan peranan dalam proses penyakit Alzheimer.”

“Walaubagaimanapun, percubaan secara klinikal yang dijalankan sehingga sekarang masih tidak menyediakan bukti untuk mengesyorkan rawatan kolesterol statin sebagai satu cara untuk mengelakkan Alzheimer.”

Moga Allah selamatkan kita daripada penyakit Alzheimer ini. Banyakkan membaca dan menghafal ayat Al-Quran adalah salah satu cara mengelakkan penyakit ini kerana Al-Quran boleh menguatkan ingatan. Cubalah! Wassalaam. 😀

 

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments