Perkahwinan Kanak-kanak Akan Dibenarkan di Iraq

Perkahwinan Kanak-kanak Akan Dibenarkan di Iraq

Perkahwinan Kanak-kanak Akan Dibenarkan di Iraq | Ngeri pulak bila Zyra baca berita tentang perkahwinan kanak-kanak, sedangkan wanita dewasa pun agak sukar menunaikan tanggungjawab sebagai isteri, inikan pulak budak? Ada yang meninggal selepas beberapa bulan berkahwin gara-gara sering disetubuhi suami yang sudah layak bergelar bapa mereka! Agak-agak la nak kawin pun.. Mungkin lelaki-lelaki yang kononnya suami ini spisis sukakan budak-budak kot atau lebih dikenali sebagai golongan Pedofilia.

Baru-baru ini, terbaca pula berita mengenai Iraq yang bakal membenarkan perkahwinan kanak-kanak! Kanak-kanak di Iraq kini boleh dikahwinkan secara sah sebelum mencecah usia 9 tahun dalam satu pembentukan undang-undang yang dibentangkan Selasa lalu yang memperkenalkan larangan yang bersifat keagamaan terhadap hak wanita.

Kelihatan sebagai satu tindakan terakhir sebelum pilihanraya pada hujung bulan ini, parlimen Iraq kelihatan seperti meluluskan syarat perkahwinan baru itu untuk penduduk majoritinya iaitu komuniti Shiah dengan deraf undang-undang yang dikutuk hebat oleh aktivis hak asasi manusia sebagai “tidak patut”.

Perkahwinan Kanak-kanak Akan Dibenarkan di Iraq

Undang-undang tersebut telah diluluskan oleh kerajaan sebagai satu langkah untuk menarik sokongan Muslim Shiah pada pilihanraya akan datang. Undang-undang Iraq yang sedia ada menetapkan umur untuk berkahwin sebagai 18 tahun tanpa keizinan ibubapa dan gadis semuda 15 tahun boleh berkahwin dengan keizinan penjaga. Akan tetapi undang-undang baru yang dikenali sebagai Undang-undang Jaafari itu, memperkenalkan peraturan yang seakan sama dengan jiran Iraq, Iran, sebuah negara yang didominasi oleh golongan Shiah.

Ayad Allawi, bekas perdana menteri Iraq, memberi amaran bahawa persetujuan terhadap undang-undang itu akan mengarah kepada penderaan wanita. “Ia membolehkan kanak-kanak perempuan berkahwin seawal umur 9 tahun dan juga yang berumur bawah 9 tahun.” katanya. “Terdapat juga ketidakadilan terkandung di dalam undang-undang itu”.

Walaupun tiada umur minima yang ditetapkan untuk berkahwin, seksyen perceraian memasukkan peraturan untuk penceraian gadis yang telah menjangkau umur 9 tahun. Istilah ‘rogol dalam perkahwinan’ diabaikan melalui perenggan yang menyatakan perempuan perlu menuruti kehendak seksual suami masing-masing. Lelaki diberi hak penjagaan terhadap perempuan dan undang-undang tersebut turut mengandungi peraturan mengenai hubungan poligami.

Perkahwinan Kanak-kanak Akan Dibenarkan di Iraq

Hanaa Edwar, seorang aktivis yang dikenali ramai dan merupakan ketua badan kebajikan Al-Amal (bermaksud ‘Harapan’ dalam bahasa Arab), telah berkempen menentang undang-undang tersebut yang jelas memperlekehkan hak-hak wanita dalam sebuh negara yang bergolak sejak diceroboh pada tahun 2003.

“Ia menjadikan wanita sebagai satu alat untuk keseronokan seksual,” katanya. “Ia memadamkan kesemua hak-hak wanita.” Human Rights Watch, yang beribupejabat dari Amerika, telah mengeluarkan satu rayuan kepada kerajaan Iraq supaya menghentikan pembentukan undang-undang tersebut.

Penyokong deraf undang-undang tersebut pula berpendapat ia hanyalah satu praktis terhadap sebuah kebiasaan yang sering dilalui penduduk setiap hari. Ini kerana perkahwinan yang membabitkan gadis berumur bawah 18 tahun semakin menular sejak kejatuhan Saddam Hussein pada tahun 2003.

Dasar lelaki gila seks!  Dasyat betul janji manis politik Iraq menjelang pilihanraya, kalau Malaysia macamtu, memang Zyra nak berpindah duduk dengan buaya dekat Zimbabwe -_-

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments