Percuma Nasi Beriani Setiap Hari

Percuma Nasi Beriani Setiap Hari. Nasi beriani sedap. Nasi Beriani Paling Sedap Di Malaysia. Nasi beriani gam. Nasi beriani Penang. Nasi Beriani Line Clear.

Percuma Nasi Beriani Setiap Hari | Lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita menerima. Dalam dunia kadang kadang kita di atas, dan kadang kadang kita di bawah, apa salahnya kalau kita di atas kita memberi dan membuat sedikit kebajikan. Salah sebuah Restoran di Melaka memberikan Percuma Beriani Setiap Hari. Baca info penuh :

Percuma Nasi Beriani Setiap Hari

MELAKA – Ketika masyarakat sibuk membincangkan kenaikan harga barang keperluan, sebuah restoran di Padang Temu di sini sedia menawarkan nasi beriani, nasi putih, dalca dan acar secara percuma setiap hari kepada pelanggan.

Malah ‘Restoran Nasi Beriani Haji Tamby’ turut memberikan air sirap bandung percuma pada setiap Jumaat.

Pengusahanya, Muhammad Nazli Zainul Abidin, 35, berkata pelanggan yang menjamu selera di restoran berkenaan hanya perlu membayar untuk lauk pauk dengan harga berpatutan.

Katanya, kari kambing dijual pada harga RM6; kari itik RM7, dan ayam goreng RM4, berbeza dengan kebanyakan restoran yang menjual set nasi beriani pada harga antara RM10 hingga RM15.

“Tidak dinafikan berniaga ini kita nak cari rezeki dan keuntungan tetapi bagi saya ia juga salah satu cara untuk menggembirakan orang ramai…mudah-mudahan Allah akan menggembirakan kita pula,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau yang mengusahakan restoran tersebut bersama isterinya Amelia Tamby Hussin, 34, berkata langkah itu juga diharap memberikan manfaat kepada masyarakat khususnya mereka yang kurang berkemampuan.

“Ada di antara pelanggan yang hanya memesan nasi beriani tanpa lauk serta air kosong, mungkin mereka ini orang susah, sekurang-kurangnya mereka boleh menikmati nasi beriani,” katanya yang menggunakan beras basmati bagi menghasilkan nasi beriani.

Muhammad Nazli berkata sejak memulakan promosi itu dua minggu lepas, ia mendapat sambutan menggalakkan termasuk pelanggan dari luar Melaka dengan dua periuk besar nasi habis dipesan setiap hari.

Beliau berkata, promosi itu akan dilakukannya sepanjang tahun ini dan bakal dikekalkan untuk tahun mendatang sekiranya memperoleh rezeki yang bertambah.

Katanya, restoran yang telah beroperasi selama enam tahun itu sebelum ini pernah memberi minuman sirap percuma kepada pelanggan. – Bernama

Sumber

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments