Penyanyi Bertudung Dipaksa Turun Dari Pentas

Penyanyi Bertudung Dipaksa Turun Dari Pentas. dipaksa turun pentas pada majlis makan malam anjuran sebuah syarikat di ibu negara kerana bertudung.

Bermacam macam hal dalam dunia sekarang, adakah patut Penyanyi Bertudung Dipaksa Turun Dari Pentas. Salah siapakah ? Jom baca info lanjut :

Penyanyi Bertudung Dipaksa Turun Dari Pentas | KUALA LUMPUR – Seorang penyanyi sambilan mendakwa dipaksa turun pentas pada majlis makan malam anjuran sebuah syarikat pembinaan di sebuah pusat konvesyen di ibu negara pada 18 Jan lepas kerana bertudung.

Penyanyi Bertudung Dipaksa Turun Dari Pentas

Ketika kejadian, wanita itu mendakwa beliau berada di pentas utama setelah dijemput menyanyi oleh kumpulan muzik untuk majlis makan malam itu namun diminta turun oleh seorang pengarah syarikat berkenaan.

“Pengarah itu berkata kepada saya, bertudung tidak sesuai dengan majlis itu,” kata Marinatasha Isnariah Mustapar dalam sidang media anjuran Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) di sini semalam.

Presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandez dalam sidang media itu mengesahkan menerima aduan daripada penyanyi sambilan itu.

Freddie berkata isu diskriminasi terhadap wanita bertudung tidak seharusnya berlaku dinegara ini dan berharap pihak yang terlibat tampil memberi penjelasan dan membuat permohonan maaf.

“Mereka harus tampil untuk selesaikan secara baik, kami (Karyawan) akan menulis surat kepada pihak pengurusan Castmet Sdn Bhd bagi mencari jalan penyelesaian,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Castmet Tan Keh Wah memberitahu Bernama, syarikatnya tidak pernah mendiskriminasi mana-mana bangsa atau agama seperti yang didakwa.

“Saya menegaskan syarikat kami bukanlah rasis seperti didakwa, sebaliknya kejadian malam itu bukanlah kerana penyanyi itu bertudung tetapi dia bukan penyanyi yang dipersetujui oleh pengurusan majlis,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Tan menjelaskan perjanjian antara syarikatnya dengan sebuah syarikat pengurusan yang telah melantik kumpulan nyanyian malam itu tidak melibatkan penyanyi wanita bertudung kerana majlis malam itu ada menghidangkan minuman keras.

Antara isi kandungan perjanjian itu juga, penyanyi kumpulan berkenaan dikehendaki berinteraksi serta menari bersama tetamu yang kebanyakannya lelaki bukan Islam, dan bagi menjaga maruah serta sensitiviti orang Islam syarikat telah bertegas untuk tidak melibatkan penyanyi yang bertudung,” kata Tan. – BERNAMA

Sumber

Penyanyi Bertudung Dipaksa Turun Dari Pentas

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments