Penyamun Sempat Beri Nasihat Ketika Menyamun. Apakah?

penyamun-sempat-beri-nasihat.jpg

Penyamun Sempat Beri Nasihat Ketika Menyamun. Apakah? | Wah wah. Kemain penyamun sekarang ni ye. Time menyamun sempat lagi bagi nasihat dekat mangsa. Bukan nasihat jangan buat laporan polis ke apa, ni nasihat berunsur kebaikan. Hmm ikuti laporan lanjut yang dipetik dari Sinar Harian.

SEGAMAT –  Seorang daripada enam penyamun sempat menasihati salah seorang mangsanya supaya menjadi menantu yang baik selepas menyamun kediaman sebuah keluarga di Medoi, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.10 pagi itu, enam lelaki yang bersenjatakan sabit, besi dan batang kayu itu bertindak memecah masuk rumah berkenaan sebelum mengikat tangan seluruh ahli keluarga di rumah berkenaan.

Mangsa, Ibrahim Ismail, 36, berkata, ketika kejadian, dia tidur sendirian di ruang tamu rumah sebelum dikejutkan oleh seorang daripada enam penyamun tersebut.

“Penyamun tersebut menutup mukanya menggunakan kain sambil mengacu sabit ke leher saya menyebabkan saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana bimbang dicederakan.

“Mereka meminta kami menyerahkan wang dan barangan berharga kononnya sebagai amal jariah sempena Ramadan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Dalam masa yang sama, penyamun yang lain menuju ke bilik isteri dan ibu bapa mentua Ibrahim sebelum mengikat kesemua mereka dengan menggunakan tali plastik dan wayar seterika.

“Mereka turut menyelubungkan kami dengan kain hitam sebelum menggeledah bilik rumah ini. Saya meminta supaya mereka jangan mengapa-apakan ahli keluarga saya.

“Mereka mengambil wang tunai dan komputer riba serta enam telefon bimbit serta barangan kemas yang bernilai RM7,000 milik isteri dan ibu mentua saya,” katanya.

Menurutnya, sebelum kumpulan penjenayah itu melarikan diri, salah seorang datang kepadanya dan buka ikatannya di pergelangan tangannya dan berbisik supaya membuka pula ikatan pada ibu bapa mentuanya.

“Apa yang tidak boleh saya lupakan apabila dia juga berbisik supaya menjadi menantu yang baik dan bukannya hantu macam mereka,” katanya.

Kesemua penjenayah itu dipercayai menceroboh masuk rumah menerusi tingkap yang diumpil berhampiran ruang tamu rumah yang belum dipasang jeriji.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi mengesahkan kejadian itu dan berkata, siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan menggunakan senjata. – Sumber

Apa pendapat anda?

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

22 thoughts on “Penyamun Sempat Beri Nasihat Ketika Menyamun. Apakah?”

  1. lina says:

    ahaha terbaik owhh.. menyempat lg tu
    lina recently posted…RamadanMy Profile

    1. Penyamun kategori baik nie.. Hehe
      Aniqbukhary32 recently posted…Bertelanjang itu simbol kemajuan?My Profile

  2. syeela says:

    ishh x rogol bini dia

    1. arie says:

      kaw suke kne rogol ke??

      1. Alif says:

        dia suka la 2

    2. isaac haikal says:

      aq jw ar rogol ko nk?,…. <3 :*

  3. onlajer says:

    kirea tazkirah sempena ramadhan lah nih
    onlajer recently posted…The Joy of supporting Philips MorrisMy Profile

    1. Tajuk tazkirah tu, menantu yg baik . . Wkakaka.. 😀
      Aniqbukhary32 recently posted…Girlfriend sama macam anjing?My Profile

  4. Lol dah macam tengok citer nasib do re mi pulak… ekekeke

  5. missha says:

    dlm jahat2 pun ade gak keinsafan soh jdi menantu yg baik.. Hha

  6. fuhh sempat lagi penyamun tu beri nasihat ye. haha
    Fifiyfitrianiee recently posted…TOPUP GIVEAWAY BY NUR NABILAHMy Profile

  7. baby comel says:

    Sedar eh dia tu hantu 🙂
    Adoiii
    baby comel recently posted…Kad Raya | Terima Kasih Emas Putih & Puan QaleshyaMy Profile

  8. bayu ryan says:

    rasanya penyamun tu sebenarnya x sampai hati nk menyamun.tapi dh terikut kawan2.
    adoiii,kelakar tol.. =_=”

  9. World WarZ says:

    Nanti disuatu hari kut bila bila kalau penyamun tu tertangkap semasa sedang menyamun kita tibai dia ramai ramai sampai lembik kemudian kita beri dia nasehat supaya dia menjadi seorang yang baik dan juga beri nasehat kat dia lagi supaya jangan jadi macam kami yang suka belasah penyamun sampai lembik kahkahkah..

    Nak beri nasehat lah konon.. nape tak nasehat dan pujuk diri sendiri dulu supaya jangan jadi penyamun

    1. ejan says:

      Rasulullah SAW x ajar ummatnya doakan keburukan apatah lg membalas dendam diatas kejahatan yg saudara kita lakukan…hukuman tetap ada…serahkan pd yg sepatutnya….Umat dan Nabi2 AS terdahulu kalu doa pd Allah SWT minta ditimpa azab pd suatu kaum, Allah SWT terima doa mereka serta merta sebab amalan fardhu mereka sempurna….kita umat akhir zaman ni,blajar2lah ambil iktibar dr zaman Nabi2 AS dan Sahabat Ra.hu….apa yg kita cakap, apa yg kita buat semua akan ditanya….mulut akan dikunci, segala amalan dan anggota badan yg akan menjawabnya….kita lihat buruk orang, sebenarnya buruk itu jg ada dlm diri kita…sebab tu Rasulullah SAW sentiasa doakan kebaikkan…baik sangka pd semua orang…w/pun hakikat sebenar org tu memang tiada kebaikan…sy cakap utk ingatkan diri sendiri dan sahabat2 semua….moga Allah SWT beri kefahaman pd kita semua.

  10. isaac haikal says:

    nasihat2 jugak, sipw nk ganti barang yg dah hilang?, nasip barang, kalu nyawa?,….. 🙂

    https://www.facebook.com/photo.php?fbid=487991601230442&set=p.487991601230442&type=1&ref=nf

  11. hirokita maki says:

    Hahaha..knapa x bg tazkirah trus je time mnyamun tuu?? Hahaha..adoi3.. Klakar tol..

  12. ejan says:

    tengah terdesak agaknye…tu yg menyamun….moga Allah SWT ampunkan dosa mereka dan kita semua…Hidayah milik Allah SWT jua…doakan yg baik2…

  13. cik Ain says:

    macam2 hal la…. ade plak penyamun mcm tuh… mungkin dulu die pernah minat kat bini org tuh kot.. hahaha

  14. MyKocek says:

    Perompak tu terdesak sangat2 kot…hanya mencuri jer terlintas kat otak bebal dia….
    doa2 la pencuri tu insaf….
    MyKocek recently posted…Pengenalan (Hello!)My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge