Penyakit Pelik! Wanita Cantik Ini Akan Lumpuh Jika Ketawa

2014-04-09_163356

Penyakit Pelik! Wanita Cantik Ini Akan Lumpuh Jika Ketawa | Setiap kali Kay Underwood ketawa, otot-otot tubuhnya lumpuh seketika. Dalam keadaan itu, wanita 22 tahun ini akan sukar menggerakkan tubuhnya, walaupun matanya boleh melihat dan telinganya mendengar.

Seperti dipetik dari laman Guardian, pada akhir 2008, mahasiswi seni bina ini didiagnosis menderita cataplexy. “Aku boleh terjatuh 40 kali dalam sehari gara-gara ketawa,” ujar Kay. Lumpuh akan hilang ketika emosinya kembali stabil.

Kay pertama kali mendapat serangan lumpuh mengejut ini semasa kolej semester awal. “Saat itu aku sedang di dapur bersama seorang rakan. Saat sedang tertawa lepas, aku tiba-tiba terjatuh ke lantai. Aku boleh mendengar dan melihat, tapi aku tak boleh bergerak,” ujarnya.

Tidak hanya waktu ketawa, Kay juga boleh lumpuh ketika merasakan emosi berlebih seperti menangis, terlalu gembira, terkejut, malu, dan ketakutan. Bahkan, Kay boleh terjatuh ketika mendengar lelaki menyatakan cinta.

Penyakit ini mungkin tidak mematikan, tapi cukup berbahaya ketika pesakit terjatuh di lokasi yang berbahaya. Dr Andrew Hall, perunding anestesi, rawatan intensif, dan gangguan tidur di Leicester General Hospital, hospital tempat Kay menjalani pelbagai terapi perubatan.

Dr Andrew mengatakan, dunia perubatan belum berjaya mengungkap penyebab sakit ini. Sejumlah pakar perubatan menduga adanya faktor genetik. Namun, ada pula yang mengatakan bahawa itu terjadi akibat gangguan autoimun atau kerosakan otak yang dicetuskan jangkitan teruk. Belum ada ubat yang boleh menyembuhkan.

“Aku selalu berfikir, bahaya boleh menyerang bila-bila saja.”Setiap sudut boleh mendatangkan bahaya untukku. Secangkir teh di tangan juga boleh berbahaya,” Kay menambah. “Cuba bayangkan ketika serangan itu muncul saat aku sedang berbasikal atau memandu.

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments