Penjawat Awam Ada Peluang Dapat Bonus Raya 2013 – Cuepacs

bonus-raya-2013-kerajaan.jpg

Penjawat Awam Ada Peluang Dapat Bonus Raya 2013 – Cuepacs | Nampaknya peluang kakitangan kerajaan untuk mendapat bonus raya aidilfitri 2013 semakin cerah apabila Presiden Cuepacs memberikan pendapatnya bahawa kakitangan awam ada harapan untuk mendapat bonus raya 2013. Jom baca laporan penuh yang dipetik dari Sinar Harian dibawah ni.

Penjawat Awam Ada Peluang Dapat Bonus Raya 2013 – Cuepacs

bonus hari raya 2013, bonus raya penjawat awam 2013, cuepacs mohon bonus raya 2013, bonus raya 2013 kakitangan kerajaan, bonus raya kerajaan 2013

Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman

PUTRAJAYA – Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman berpendapat masih ada harapan untuk lebih 1.4 juta penjawat awam menerima bonus menjelang Aidilfitri.

Ini berikutan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini yang memaklumkan kerajaan akan mengkaji kemungkinan memberi bonus gaji kepada penjawat awam menjelang Aidilfitri, kata Omar

Perdana Menteri berkata kerajaan akan mengkaji kemungkinan itu dan masih mempunyai masa untuk memutuskan perkara itu

“Cuepacs mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana sudi mempertimbangkan permohonan Cuepacs untuk 1.4 juta penjawat awam

“Cuepacs yakin Perdana Menteri akan mempertimbangkan perkara ini. Saya rasa ada harapan,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa di Puspanitapuri di sini malam ini.

Cuepacs sebelum ini masih berharap kerajaan akan memberi bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam walaupun mereka akan menerima kenaikan gaji tahunan pada bulan ini.

Terdahulu hampir 1,000 tetamu hadir pada majlis Buffet Ramadhan / berbuka puasa Ketua Setiausaha Negara.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, pegawai-pegawai tinggi kerajaan, wakil kedutaan asing dan tokoh-tokoh korporat.

Pada majlis itu Dr Ali yang juga Penasihat Puspanita dan isteri Puan Sri Rohani Abdullah turut menyampaikan sumbangan kepada empat rumah anak yatim masing-masing sebanyak RM10,000 dengan 100 anak yatim turut menerima sumbangan.

Dr Ali dan para tetamu kemudiannya menunaikan solat Isyak dan tarawih. – Sinar Harian

Dr Fuh – Kepada penjawat awam, jangan terlalu berharap sangat dengan bonus Hari Raya Aidilfitri 2013 ni sebabnya nanti kalau tak dapat kompom merana jiwa. Kalau dapat tu Alhamdulillah lah, guna sebaik mungkin rezeki Allah tu 🙂

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

4 thoughts on “Penjawat Awam Ada Peluang Dapat Bonus Raya 2013 – Cuepacs”

  1. mat jening says:

    Tak ada pom xapa…bukan rajin sgt depa ni..kalu pi opis gov slalu je tgk dorg melepak, main game kat komputer + tablet, beborak, melaram kat FB. bulan puasa lagi la, yg tido pom ramai,yg tak puasa lagi la,mcm kerja tgh panas spt mat indon. yg pompuan sebok menjahit waktu kerja. kerja hakiki di abaikan. bukan nak dengki nak mengata,tp atas pengalaman aku dok berurusan dgn 30agensi gov.

    1. Romzi says:

      Jangan cakap macam tu. Awak tak berkhidmat dalam sektor awam awak tak tahu. Bukan semuanya sikap macam tu. 30 agensi mana yang awak tengok, senaraikan biar saya ambil tindakan. Beri aduan, bukan hukuman. Aduan anda penting bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami. Kalau setakat mengata, sampai bila negara kita tak maju.

      Lagipun banyak sektor kerajaan yang lain bukan di pejabat. Contohnya guru, polis, tentera, agensi penguatkuasaan berpanas berhujan masa berpuasa sanggup demi melaksanakan tugas yang diamanahkan.

      Jika ada, beri aduan dan senaraikan. Kalau ada nama personnel lagi bagus biar kami siasat dan ambil tindakan. Aduan dari orang awam satu penanda aras bagi kami. Kepuasan anda, kebanggaan kami. Ianya kerana kami penjawat awam, berkhidmat untuk orang awam.
      Romzi recently posted…Qualities of a Good ManagerMy Profile

  2. Baju Seluaq Putih Kasut Itam says:

    alhamdulillah….. ringan kit beban nak beraya nie.tapi apakan daya di pagi raya orang dok betakbir di masjid,aku betakbir raya atas moto pi keja.tu la pengorbanan kami..(bukan terkorban di jalan raya macam sesetengah orang tu.)ku jugak yang nak kena urus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge