Pengalaman Pemandu Kereta Hampir Ditipu. Hati-Hati Dengan Taktik Licik Ini!!

tayar-berasap.jpg

Pengalaman Pemandu Kereta Hampir Ditipu. Hati-Hati Dengan Taktik Licik Ini!! | BERHATI-HATI DI JALAN RAYA: Hari tu 4hb June, nasib saya tak terjebak. Lebih kurang tengahari jam 12.30, saya memandu di hadapan Angkasapuri menghala ke Highway Seremban. Apabila dijalan lurus sebelum ke simpang Taman Seputih, seorang penunggang motosikal menunjuk sesuatu di tayar hadapan kiri saya. Saya perlahankan kereta tapi tak berhenti.

Penunggang tadi yang berada di hadapan saya melambai suruh saya berhenti. Saya rasa mungkin ini satu helah tapi dalam hati rasa was-was juga, mungkin betul.

Tiba2 ada seorang lagi penunggang menunjuk tayar hadapan saya. Saya kemudian berhentikan kereta di tepi jalan sebelum masuk ke simpang Taman Seputih.

Penunggang yang pertama tadi datang ke arah saya dan bagitau yang tayar kereta saya berasap dan ada banyak minyak brek keluar. Saya berat hati untuk keluar sebab mengesyaki sesuatu…kenapa penunggang itu beria-ia nak suruh saya berhenti.

Saya bagitau dia yang saya akan bergerak perlahan pergi ke bengkel kereta. Dia bagitau, kalau bergerak juga mungkin brek tak makan…saya kata tak mengapa…(Saya fikir, saya bukannya baru pandu kereta…dah berpuluh tahun, kalau brek tak makan…tariklah hand brek)..walaupun begitu saya rasa cuak juga, mungkin betul ada kerosakkan…saya pandu 60 ke 70 km saja. Lebih kurang 15 minit saya sampai di bengkel yang saya selalu baiki kereta saya.

Saya turun dan tengok tayar kereta. Memang betul minyak brek bertaburan di sport rim dan tayar. Saya panggil pomen dan bagitau dia apa yang berlaku. Dia pun jawab: ” Aiya ini tak da hal punya”. Di ambil sebaldi air dan siram tayar kereta. Dia sambung ” Saya punya customer ramai sudah kena ini macam”, ” Itu orang kata dia pomen dan akan buka you punya tayar dan brek, kemudian dia kata kena bayar RM1,000 untuk siap. ” Itu orang banyak pandai, dia kasi spray itu minyak pada tayar kemudian dia kata tayar keluar asap sebab brek disc panas, kena minyak, mesti keluar asab”.

Penunggang tersebut berbangsa India (bukan nak hina mereka pulak, ramai India yang baik) dan memang lagak macam pomen. Cuma saya terlupa nak catat nombor pendaftaran motosikal dia. Semoga pembaca semua dapat mengambil pengajaran daripada peristiwa ini. Terima kasih kerana membaca.

sumber 

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

4 thoughts on “Pengalaman Pemandu Kereta Hampir Ditipu. Hati-Hati Dengan Taktik Licik Ini!!”

  1. nego says:

    susah hidup menipu je kje
    nego recently posted…#>>Tutorial membeli ProdukMy Profile

    1. kucinghitam says:

      xsusah nak nipu cuma menyusahkan orang lain ja
      kucinghitam recently posted…FARAH AF2 NAFI MENCURIMy Profile

  2. kucinghitam says:

    berhati2 la klo kuar sorg2 tue
    kucinghitam recently posted…FARAH AF2 NAFI MENCURIMy Profile

  3. vcore says:

    liar everywhere

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge