Penawar HIV, AIDS Telah Ditemui?

penawar-HIV-AIDS.jpg

Penawar HIV, AIDS Telah Ditemui? | Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr Fuh ucapkan kepada semua pembaca yang dikasihi sekalian. Tadi Dr Fuh ada baca di laman berita Sinar Harian then ada satu tajuk yang agak mengejutkan dimana tajuk berita tersebut adalah ‘Temui penawar HIV, AIDS’. Betul ke penyakit AIDS, HIV yang selama ini kita diwar warkan tidak mempunyai penawar untuk disembuhkan kini telah ditemui penawarnya? Jom baca artikel dibawah ini.

MACHANG – Setelah lapan tahun disahkan menghidap penyakit Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit (AIDS) dan jangkitan HIV, Azman (bukan nama sebenar) mendakwa menemui penawar apabila disahkan bebas penyakit berbahaya itu tahun lalu.

Azman, 45, mula terjebak dengan najis dadah sejak berusia 15 tahun dan nekad meninggalkannya pada 2005 selepas keluar dari pusat serenti demi orang tersayang.

“Apabila keluar dari pusat serenti, saya hilang anak-anak dan isteri. Sejak itu saya nekad untuk meninggalkan dadah tanpa mengambil sebarang ubat dan tinggal di pondok. Ketika itu, saya rasa macam baru dilahirkan dan cuba buat yang terbaik dalam hidup saya selepas diberi peluang kedua oleh ALLAH SWT.

“Saya mula mendalami agama dan meninggalkan tempat kelahiran saya untuk berubah. Pada 2010, seorang rakan memperkenalkan penawar ini dan saya menghubungi pengusahanya secara terus melalui telefon. Sejak itu saya mengambil ubat tersebut sekalipun tidak mempercayai ubat-ubatan sebelum itu,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui di kediaman pengusaha penawar berkenaan, Tuan Mohamad Tuan Bongsu di sini, semalam.

Azman berkata, selepas tiga bulan dia mula merasakan perubahan dan meneruskan pengambilan ubat sehingga sekarang walaupun, disahkan bebas penyakit berbahaya itu pada tahun lalu.

Menurutnya, dia membuat pemeriksaan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur dan disahkan bebas HIV/AIDS.

Dia belum bersedia untuk mendedahkan dirinya namun, rasa bertanggungjawab bagi membantu rakan senasibnya mengubati penyakit yang ditakuti ramai itu.

“Ketika disahkan menghidap AIDS, saya reda dan menerimanya sebagai balasan ALLAH kepada saya yang banyak melakukan kesilapan serta nekad meninggalkan dadah.

“Penawar berasaskan herba ini bukan membantu saya menyembuhkan penyakit tetapi membuatkan saya lupa dadah dan menjalani kehidupan normal,” katanya.

Sementara itu, Tuan Mohamad berkata, dia mula mencari formula bagi menghasilkan penawar itu selepas ahli keluarga terdekatnya disahkan menghidap penyakit itu.

“Saya tak sanggup lihat dia menderita dan saya mula mencari formula bagi menghasilkan penawar sebagaimana sabda Rasulullah, setiap penyakit ada ubatnya. Saya banyak bertanya kepada doktor, tabib Cina dan orang berpengalaman dalam bidang herba serta pada masa sama mempelajarinya melalui internet.

“Selepas setahun mencari, saya mula menghasilkan penawar itu dengan melakukan percubaan demi percubaan agar bersesuaian dengan penyakit itu. Alhamdulillah ahli keluarga saya itu sembuh selepas tiga tahun mencubanya dan meninggal dunia pada 2009 akibat penyakit kencing manis,” jelasnya.

Bekas kontraktor itu berkata, dia mula berkongsi penawar itu dengan pesakit AIDS sejak beberapa tahun lalu, melalui internet memandangkan ramai pesakit malu untuk menampilkan diri mereka.

Katanya, selepas kematian ahli keluarganya, dia berhenti menghasilkan ubat itu namun memulakannya kembali setahun kemudian untuk membantu penagih tegar dan penghidap HIV/AIDS yang dikatakan tiada ubat.

“Penawar ini terdiri daripada herba dari dalam dan luar negara yang diadun sebaik mungkin bagi membantu pesakit menjalani kehidupan normal selepas disahkan menghidap penyakit membunuh itu,” katanya. – Sinar Harian

Dr Fuh – Diharapkan dengan penemuan penawar ini, En Azman dapat membantu mereka yang menghidap AIDS, HIV terutamanya mereka yang tidak bersalah.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

5 thoughts on “Penawar HIV, AIDS Telah Ditemui?”

  1. World WarZ says:

    Yer lah tuhh..
    Tentu dia boleh dapt gelaran ‘man of the century’ hahaha,,, Dan memenangi hadiah Nobel
    Tentu berebut rebut dan berbunuh bunuhan syarikat syarikat pembuat ubat nak beli formula dari encik Tuan Mohamad hahaha..
    Siap leh demand royality lagi.. pakcik kato pakcik kayo kahkahkah

  2. Hello would you mind letting me know which hosting company you’re
    utilizing? I’ve loaded your blog in 3 completely different browsers and
    I must say this blog loads a lot faster then most.
    Can you recommend a good hosting provider at a reasonable price?
    Thanks, I appreciate it!
    stomach cancer recently posted…stomach cancerMy Profile

  3. muja says:

    wahhh… hebat,, moga dapat ganjaran yang setimpal bagi segala usahanya,, moga juga dapat bantu mereka yang memerlukan,, dah terlalu ramai menjadi mangsa disebabkan najis dadah dan hiv nih,, tapi jangan la ubat ni disalahgunakan macam ubat-ubatan untuk penagih yang banyak dok ada kat klinik klinik sekarang ni,,, amiin

  4. Info Baru says:

    Semoga Menjadi Jalan Terbaik untuk Penderita di Seluruh Dunia ..
    Info Baru recently posted…Koruspi SBB, Kejati Maluku BungkamMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge