Pembunuh Kejam Dan Pemakan Manusia Ini Didapati Tidak Bersalah

pembunuh-kejam.png

Pembunuh Kejam Dan Pemakan Manusia Ini Didapati Tidak Bersalah | Fuh!! Terkejut juga Dr Fuh baca berita global ni tadi. Seorang lelaki didapati tidak bersalah walaupun telah membunuh dengan kejam seoarang mangsa tidak bersalah dan memakannya. Biar benar. Rupa-rupanya ada cerita disebalik kisah ini. Ikuti laporan penuh dari Harian Metro

Florida: Seorang lelaki berusia 35 tahun yang dituduh membunuh dan kemudian memakan sebahagian mayat lelaki gelandangan di Connecticut didapati tidak bersalah atas tuduhan tidak siuman.

Tyree Lincoln Smith dari Bridgeport bagaimanapun akan menghabiskan seluruh hidupnya terkurung, di pusat rawatan jiwa, bukan di penjara.

Panel tiga hakim mendapati pendakwa raya berjaya membuktikan Smith membunuh mangsa, Angel Gonzales tetapi pada mangsa sama, pihak pembela juga membuktikan tertuduh tidak bersalah kerana tidak siuman.

Keputusan itu disambut gembira oleh anggota keluarga mangsa.

“Keadilan sudah terlaksana. Saya tidak kira di mana dia ditahan asalkan dia dikurung selama-lamanya,” kata Talitha Frazier, adik ipar Gonzales.

Smith ditangkap tahun lalu dan dituduh membunuh lelaki gelandangan yang mayatnya ditemui di tingkat tiga sebuah bangunan tinggal di bandar itu, 39 hari selepas dibunuh.

SMITH (kanan) bersama peguamnya di mahkamah, semalam.

Polis berkata, Smith berlumuran darah apabila memberitahu sepupunya, Nicole Rabb mengenai pembunuhan itu selepas terasa inginkan darah kerana merasa muak setelah makan steak aneh.

Dia menceritakan bagaimana dia membunuh Gonzalez dengan kapak dan menghancurkan muka serta kepala mangsa.

Smith kemudian memberitahu Nicole, dia memakan satu mata mangsa yang didakwanya rasa seperti kerang sebelum makan sebahagian otak mangsa di kawasan tanah perkuburan berhampiran.

“Smith memberitahu sepupunya bahawa kepala Gonzalez hancur sehinggakan dia boleh mengambil mata dan otak mangsa dengan mudah,” menurut dokumen mahkamah. – Agensi

myMetro

Oooo..Tak siuman rupanya. Hati-hati lah anda semua ye kerana orang tak siuman ni ada dimana-mana. Kadang-kadang kita tak jangka pon bahawa dia tu tidak siuman. Kalau nampak lain macam tu cepat-cepat lapor kepada polis.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

12 thoughts on “Pembunuh Kejam Dan Pemakan Manusia Ini Didapati Tidak Bersalah”

  1. orang gila macam ni bahaya di lepas berkeliaran. Elok kurung jer dari mengelakkan berlaku benda2 yang tak di ingini
    lekatlekitgurl recently posted…CERITA DALAM KAIN PEREMPUAN.. PAD HERBA SERBAGUNAMy Profile

  2. MawardiYunus says:

    wallaweh mata dan otak.. erkkk
    MawardiYunus recently posted…Pastikan Logo Halal Malaysia Sebenar | LOGO HALAL MALAYSIAMy Profile

  3. jetoll says:

    Amboii , sah2 da gile,. Makin ramai org gile kat dunia nih…

  4. biar rahsia says:

    pe kes plak polis yang nak kena dimaklumkan kes org gila ni… ada dlm akta ke org gila mesti dimaklumkan pada polis? kesihatan dengan kebajikan ape guna?goyang telor ke? knp x maklumkan kat rela ngan jpam? kan keselamatan juga?

    1. Aku says:

      kau ni tak betol ke apa ? cuba baca betul-2 tuh . kan kat luar negara . tah apa-2 tah kau ni . baca dulu lahhh !

  5. Aragorn of Arathorn says:

    owh.. bru ak tau makan mata manusia ni rsanye sperti kerang.. nyum2x

    1. Ble try la lepas nie. Wkakaka 😀
      Aniqbukhary32 recently posted…Gempak! Azan orang gila menggemparkan pendudukMy Profile

  6. vcore says:

    mesti hiler mamat nih

  7. sara says:

    X baca terus komen.. Kaw2 lg komennya tue.. Ngee..

  8. jan says:

    agaknya dia tu dh nk jadi zombie……

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge