Pembentangan Bajet 2017 Belanjawan Malaysia

Pembentangan Bajet 2017 Belanjawan Malaysia

Bersempena dengan Pembentangan Bajet 2017 Malaysia, Kementerian Kewangan mengalu-alukan sebarang cadangan atau pandangan daripada orang ramai mengenai butiran Bajet 2017 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak pada 21 Oktober ini.

PEMBENTANGAN BELANJAWAN BAJET MALAYSIA TAHUN 2017

Pembentangan Bajet 2017 Belanjawan Malaysia

Bajet 2017 merupakan bajet di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 dan ia sangat penting sebagai penanda aras kepada hala tuju negara pada masa depan

Bajet 2017 adalah memfokuskan Memperkukuh Pertumbuhan, Memperluas Keterangkuman dan Memastikan Kemapanan Fiskal dan bertemakan “Mensejahtera Kehidupan Rakyat”

Sehubungan dengan itu, seluruh rakyat Malaysia sangat berharap kerajaan mengagihkan belanjawan secara bijaksana.

Maklum balas yang merangkumi pelbagai aspek boleh disalurkan menerusi e-mel [email protected] atau [email protected]

Pembentangan Bajet 2017 Belanjawan Malaysia

“Adalah penting untuk Kerajaan tampil dengan sebuah bajet yang bercita-cita tinggi, namun sesuai, bagi menentukan langkah yang tepat demi pertumbuhan negara ini” – Najib Razak

Menurut satu kenyataan Kementerian Kewangan (MoF), dengan peningkatan harga barangan secara am, kumpulan ini berdepan kesukaran untuk mengekalkan standard kehidupan mereka.

Tambahnya, melalui Bajet 2017, kerajaan komited untuk menyelesaikan isu berkenaan secara menyeluruh. Ini termasuk dengan mengkaji 2 komponen utama, pertama harga barangan dan perkhidmatan asas dan kedua, pendapatan.

Menurut MoF, pertukaran gaya hidup masa kini turut mengakibatkan barangan seperti kereta, telefon bimbit, komputer dan akses internet tersenarai dalam kumpulan barangan keperluan.

BAJET 2017 MALAYSIA PERKASA EKONOMI NEGARA

Perdana Menteri berkata perbelanjaan kerajaan bertumpu kepada usaha bagi menarik pelaburan berimpak tinggi yang mampu untuk meningkatkan daya saing negara dan memangkin pertumbuhan ekonomi pada masa hadapan.

“Jelas, tindakan kerajaan setakat ini berjaya mengekalkan momentum ekonomi negara dipacu oleh permintaan domestik yang kukuh serta disokong oleh kadar inflasi dan pengangguran yang rendah,” katanya – Berama

SIARAN LANGSUNG PEMBENTANGAN BELANJAWAN BAJET MALAYSIA 2017

Ikuti perkembangan terkini Pembentangan Bajet 2017 yang dibentang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib.

Pembentangan Budget 2017 akan bersiaran secara langsung di seluruh stesen penyiaran awam dan berbayar di Malaysia bermula seawal jam 3 petang Jumaat.

Intipati penting Bajet 2017 akan dikongsikan dan dikemaskini semasa pembentangan bajet pada 21 Oktober 2016 nanti.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments