Peluk Mayat Kekasih Hampir Satu Jam

kes-bunuh-diri.jpg

Peluk Mayat Kekasih Hampir Satu Jam | GEORGETOWN – Perbalahan antara sepasang kekasih menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), berakhir dengan tragedi menyayat hati.

Teman wanita yang berusia 22 tahun ditemui mati bunuh diri dipercayai terjun dari tingkat 17, di Flat Taman Utara, Batu Uban, di sini, kira-kira jam 1.20, awal pagi, semalam.

Mayat mangsa, Lau Kah Kah, dijumpai oleh teman lelakinya, Yeoi Khoon Xing, 21, dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di kaki lima flat itu.

Difahamkan, Khoon Xing bergegas ke tempat kejadian apabila mendapati teman wanitanya berhasrat membunuh diri namun tidak sempat menghalang mangsa daripada mengambil tindakan drastik itu.

Khoon Xing yang berbaring di sebelah Kah Kah yang sudah tidak bernyawa terpaksa dipujuk hampir sejam oleh anggota polis selepas dia enggan melepaskan mayat teman wanitanya.

Penduduk di situ memaklumkan kejadian berkenaan kepada polis setelah terdengar bunyi benda terjatuh diikuti jeritan kuat seorang lelaki.

Dalam pada itu, menurut adik si mati yang enggan dikenali, dia melihat kakaknya dalam keadaan muram ketika membalas dan SMS serta panggilan telefon daripada teman lelakinya.

Kemudian, dia melihat kelibat si mati, Lau Kah Kah yang juga pelajar kolej kelihatan keluar dari rumah dan berlegar-legar di kawasan balkoni flat rumahnya, sebelum dia dipercayai terjun dari tingkat 17, pangsapuri itu.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ahmad Bakhtiar Kassim berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.

“Bagaimanapun, polis akan menjalankan siasatan terperinci dengan mendapatkan maklumat daripada adik si mati dan teman lelakinya.

“Polis turut mengambil kira kandungan SMS yang dipercayai menjadi motif si mati bunuh diri. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dituntut ahli keluarga untuk urusan pengebumian,” katanya.

Bagaimanapun, usaha Sinar Harian untuk menemu ramah abang si mati di rumah mayat HPP tidak berhasil kerana dia masih trauma dan bersedih dengan kejadian menimpa adiknya.

Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

5 thoughts on “Peluk Mayat Kekasih Hampir Satu Jam”

  1. hadoiii… apa la dapat kalau bunuh diri.
    Carlos Santiago recently posted…BAN Syiah – Siapakah Imam 12 Puak Syiah?My Profile

    1. Dr Fuh says:

      Neraka jahanam mungkin
      Dr Fuh recently posted…Peluk Mayat Kekasih Hampir Satu JamMy Profile

  2. eddie says:

    ape la nak jadi…senang2 je nak bunuh diri
    eddie recently posted…Pasar Ramadhan Di GazaMy Profile

  3. Yana Sakura says:

    Haiyaaaa….nie le jadi bila bertindak mengikut emosi..
    Yana Sakura recently posted…Contest Mega Raya -,Teka Duit Syiling dan Menang Duit Raya!My Profile

  4. katanajeeb says:

    menyusahkan tuan rumah bawah tu je…suwey.. haha!
    katanajeeb recently posted…Berkorban di AidilAdhaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge