Pelik ! Lelaki Ini Jadikan Lubang Kubur Sebagai Rumah

Pelik-Lelaki-Ini-Jadikan-Lubang-Kubur-Sebagai-Rumah.jpg

Pelik ! Lelaki Ini Jadikan Lubang Kubur Sebagai Rumah | Bratislav Stojanovic seorang lelaki yang kehilangan tempat tinggal berasal dari Serbia ini telah menjadikan sebuah kubur sebagai tempatnya tidur setiap malam , dan sudah mendiami selama 15 tahun .

Stojanovic , tinggal disebuah perkuburan yang sudah kosong di kompleks perkuburan di bandar Nis . Lelaki berusia 40 tahun ini pada mulanya tidur di atas kubur , tetapi kerana cuaca yang sejuk akhirnya ia memutuskan untuk pindah ke dalam kubur yang sudah kosong .

Saya pada mulanya takut , tapi akhirnya saya sudah terbiasa tinggal di dalam kubur . Sekarang saya lebih takut orang yang masih hidup daripada dengan orang yang sudah mati , ” kata Stojanovic .

Pelik ! Lelaki Ini Jadikan Lubang Kubur Sebagai Rumah2 Pelik ! Lelaki Ini Jadikan Lubang Kubur Sebagai Rumah3 Pelik ! Lelaki Ini Jadikan Lubang Kubur Sebagai Rumah4 Pelik ! Lelaki Ini Jadikan Lubang Kubur Sebagai Rumah5

Lelaki yang dulunya bekerja sebagai pekerja pembinaan ini mengatakan bahawa tinggal di dalam kubur itu ia lakukan kerana rumah miliknya terbakar , ia juga kehilangan pekerjaannya , dan saat itu Serbia sedang mengalami pergolakan politik . Sehingga ia tidak mempunyai wang untuk membeli rumah baru .

Tinggal di komplek pengkuburan membuatnya merasa lebih tenang dan tidak terganggu . Kadang – kadang penduduk setempat akan membawakannya makanan dan kelengkapan lain yang ia perlukan .

Stojanovic menghabiskan hari – harinya dengan mencari sampah dan sisa – sisa makanan . ” Saya tidak pernah mencuri apapun . Saya bahkan tidak merosakkan kubur yang saya menginapi , ungkapnya

Stojanovic adalah salah satu daripada kira-kira 200,000 orang kehilangan tempat tinggal yang tinggal di Serbia . Walaupun penduduk kehilangan tempat tinggal relatif besar , tapi tempat perlindungan untuk orang miskin di Serbia masih kurang .

Hanya 12 bandar di Serbia yang mempunyai tempat perlindungan dan mereka berjuang untuk tinggal di sana dengan membayar wang sewanya , ujar salah seorang sukarelawan , jokic Mirna .

sumber

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge